suria

Malu selepas 'membuang' bilik air berbau busuk? Jom cuba cara ini 

Kita pasti berasa malu jika bilik air berbau busuk selepas membuang air besar.

BAGI yang menyewa rumah bersama rakan-rakan pasti anda perlu berkongsi bilik air kerana kebiasaannya bagi sesebuah rumah hanya ada satu atau dua bilik air disediakan.

Kebiasaannya, bilik air bukan sahaja tempat untuk kita mandi tetapi ia juga menempatkan tandas untuk membuang air kecil dan besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan asal pakai, kaum lelaki kena tahu beza boxer dan brief

Namun selepas 'melepaskan hajat' pasti akan timbul rasa bimbang dan malu bilik air akan berbau busuk apatah lagi jika ada rakan serumah sedang menunggu giliran untuk mandi atau menggunakannya.

Jika berlaku keadaan seperti ini, sebenarnya ada beberapa cara untuk menghilangkan bau busuk dalam bilik air selepas membuang air besar agar tidak berasa malu.

Buang Air Besar

Ada pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghilangkan bau busuk.

Tip pertama yang boleh dilakukan adalah dengan segera menekan flush tandas selepas membuang air besar. Semakin cepat lebih baik dan bau busuk tidak akan tersebar di dalam bilik air.

Pastikan sebelum membuang air besar, tingkap dibuka atau menyalakan exhaust fan yang membantu mengalirkan udara di dalam bilik air.

Selain dua penyelesaian itu, anda juga boleh menggunakan dua barang ini yang dapat berfungsi sebagai pewangi.

1. Losyen tangan

Sapukan losyen pada tangan dan kibaskan tangan ke udara ketika membuang air besar. Haruman losyen dapat tersebar di dalam tandas.

Penyembur

Semburan pewangi boleh membantu menghilangkan bau busuk.

2. Minyak wangi

Apabila aroma najis semakin semerbak di dalam bilik air, semburkan sedikit minyak wangi untuk menyegarkan udara. Atau anda juga boleh menggunakan penyegar udara.

Jika tiada minyak wangi, syampu atau perapi rambut juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau. Cukup sekadar titiskan sedikit ke atas lantai dan ratakan sebelum disimbah dengan air.

Bau wangi syampu sekurang-kurangnya dapat menghilangkan sedikit bau busuk selepas membuang air besar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain