suria

Jangan asal pakai, kaum lelaki kena tahu beza boxer dan brief

Seluar Dalam

BOLEH dikatakan kebanyakan kaum lelaki kurang memberi perhatian kepada jenis seluar dalam dan memegang konsep 'asalkan pakai'.

Sebenarnya memilih jenis seluar dalam juga sangat penting untuk kesihatan organ reproduksi lelaki dan dua jenis seluar dalam yang paling biasa dan popular adalah boxer dan brief.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda banyak jerawat di badan? Jom ambil tahu punca dan cara mencegahnya

Pemakaian seluar dalam sangat membantu menjaga kesihatan zakar sekaligus mengelakkan geselan selain mencegah goncangan buah zakar ketika bergerak.

Jadi mana satu pilihan lebih baik? Boxer atau brief?

Boxer

1. Boxer

Boxer boleh membantu melindungi organ vital daripada masalah geselan atau luka pada bahagian itu. Dari segi bentuk dan rekaan, boxer juga dinilai lebih baik berbanding brief.

Sayangnya berdasarkan sebuah penelitian, boxer boleh menjadi tidak selesa pada keadaan tertentu. Ini termasuklah ketika dipakai ketika bersenam kerana ia boleh menyebabkan geselan pada buah zakar dan boleh membuatkan bahagian itu melecet.

Brief

2. Brief

Ketika bersenam, brief merupakan jenis seluar dalam yang paling sesuai digunakan tetapi meskipun ia mampu melindungi buah zakar dan mengurangkan geselan namun ia lebih mudah memerangkap haba dan boleh menyebabkan bakteria serta kulat membiak.

Ketika memakai brief, pastikan memilih jenis yang sesuai selain mempunyai peredaran udara baik. Selain itu pastikan untuk mengganti seluar dalam yang baharu selepas mandi.

Tak Pakai Seluar Dalam

3. Tidak memakai seluar dalam

Selain daripada dua jenis seluar dalam itu, ada juga kaum lelaki yang tidak gemar memakai seluar dalam. Meskipun ia boleh mengurangkan risiko pembiakan bakteria dan kulat pada bahagian zakar, namun ia datang dengan bahaya yang tersendiri.

Selain geselan pada fabrik seluar yang membuatkan seseorang tidak selesa, risiko zakar tersepit pada zip seluar juga sangat tinggi.

Secara dasarnya setiap jenis seluar dalam mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang paling penting adalah untuk mengetahui jenis mana yang sesuai dan selesa.

Penjagaan kebersihan alat sulit dan bahagian celah kangkang juga sangat penting bagi memastikan tidak berlaku sebarang pembiakan bakteria dan kulat yang merengsakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain