NADEEN Ayoub bakal melakar sejarah apabila menjadi wakil pertama negara Palestin di pertandingan Miss Universe. Edisi ke-74 pertandingan ratu cantik global itu dijadual berlangsung pada 21 November ini di Pak Kret, Thailand. Kisah penyertaan Nadeen dalam pertandingan Miss Universe turut menjadi bualan rakyat Malaysia di laman sosial.Di Thread misalnya, seorang pemuda menyuarakan rasa kurang senang terhadap penyertaan Nadeen dalam Miss Universe."Secara peribadi, saya agak tersentak melihat imej wakil Palestin ini. Benar, tidak semua rakyat Palestin beragama Islam, namun saat negaranya 'berdarah' dan derita, imej sebegitu terasa begitu janggal.Nadeen menetap di Dubai sejak beberapa tahun lalu."Mungkin niatnya murni mahu membawa suara Palestin ke pentas dunia namun imej itu seakan menikam rasa. Melihat saudara kita bergelut mempertahankan nyawa, lalu imej ini muncul."Sukar menolak pertanyaan dalam hati, adakah ini wajah sebenar yang mewakili Palestin?" tulis pemuda itu.Namun, ramai juga individu tidak bersetuju dengan pandangan itu yang dianggap tidak adil dan prejudis terhadap Nadeen.Menjelang penampilan sulungnya yang dinanti-nantikan, berikut 10 fakta penting tentang jelitawan Palestin itu:1. Nadeen memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi dan Kesusasteraan dari University of Western Ontario, Kanada. 2. Nadeen tidak bekerja secara langsung dalam bidang yang dipelajarinya, tetapi sering bersuara tentang isu kesihatan mental.Nadeen mahu membawa suara rakyat Palestin ke pentas global.3. Selain kerjaya utama sebagai model, Nadeen juga bekerja sebagai jurulatih kesihatan dan pakar pemakanan.4. Nadeen menetap di Dubai sejak beberapa tahun lalu.5. Penyertaan Nadeen dalam edisi ke-74 Miss Universe bukanlah pengalaman pertamanya dalam pertandingan ratu cantik. 6. Penampilannya paling menonjol setakat ini adalah pada 2022, ketika dia dinobatkan sebagai Miss Palestin dan kemudian menyertai Miss Earth.7. Dia meraih gelaran Miss Earth Water, salah satu anugerah tertinggi pertandingan Miss Earth.8. Nadeen menubuhkan Olive Green Academy, institusi berkaitan kelestarian dan kecerdasan buatan (AI) yang mana dia berusaha mengangkat wanita Palestin melalui pendidikan dan media digital.9. Nadeen merupakan duta Palestine Children’s Relief Fund (PCRF) dan sering bersuara tentang nasib rakyat Palestin, kesedaran autisme, iklim, kelestarian, serta pelbagai inisiatif kemanusiaan lain.10. Nadeen memiliki 1.3 juta pengikut di Instagram.