suria

Muslim pertama diangkat sebagai Datuk Bandar New York, kahwin dengan artis antara 10 fakta tentang Zohran Mamdani

Mamdani bersama isterinya, Rama Duwaji.

NAMA Zohran Mamdani menjadi bualan selepas anak kelahiran Uganda itu memenangi pilihan raya Datuk Bandar New York City, Amerika Syarikat.

Mamdani, 35, yang yang menggelarkan dirinya sebagai sosialis demokrat, mencipta sejarah baharu dan menjadi datuk bandar Muslim pertama di kota itu.

Selepas menewaskan calon bebas Andrew Cuomo, Mamdani dalam ucapannya menjanjikan perubahan, harapan, dan era kepimpinan baharu buat seluruh penduduk New York.

Berikut 10 fakta menarik tentang Mamdani:

1. Dilahirkan pada 18 Oktober 1991 di Kampala, Uganda, Mamdani berpindah ke kota New York bersama keluarganya ketika berusia tujuh tahun. 

2. Dia bersekolah di Bronx High School of Science dan kemudiannya memperoleh ijazah dalam Pengajian Africana dari Bowdoin College.

Mamdani berpindah ke New York ketika berusia tujuh tahun.

3. Ketika bergelar mahasiswa, dia turut menubuhkan cawangan kampus bagi gerakan 'Students for Justice in Palestine'.

4. Dalam kempennya, dia turut menggunakan bahasa Urdu sepenuhnya dan diselitkan dengan klip filem Bollywood, manakala dalam video lain dia berucap dalam bahasa Sepanyol.

5. Ketika berkempen, Mamdani juga melawat masjid-masjid, sekali gus menonjolkan identitinya sebagai muslim.

6. Mamdani merupakan suami kepada artis (animator, ilustrator) berasal dari Syria berusia 27 tahun iaitu Rama Duwaji.

Mamdani berkenalan dengan isterinya melalui aplikasi temu janji.

7. Pasangan itu berkenalan melalui aplikasi temu janji Hinge.

8. Ibunya, Mira Nair, ialah pengarah filem terkenal, manakala bapanya, Profesor Mahmood Mamdani, mengajar di Columbia. 

9. Sebelum menceburi dunia politik, dia bekerja sebagai kaunselor perumahan, membantu pemilik rumah berpendapatan rendah di Queens menentang pengusiran.

10. Mamdani memperjuangkan sistem bas percuma di seluruh kota New York.

Artikel Lain