suria

Ramai tumbuh jerawat ketika PKP, dua sahabat keluarkan produk rawat wajah… Tak sangka bisnes berkembang, bakal lebar sayap ke Indonesia

Edward dan Faisal bersama-sama mengeluarkan produk penjagaan kulit.

PELBAGAI kisah duka dapat kita lihat sewaktu pandemik melanda negara ini.

Turut terkesan adalah Edward Cheng, 38, dan rakan kongsi perniagaan, Mohamad Faisal Ismail, 26, yang pada mulanya mengusahakan spa rawatan muka dari rumah ke rumah.

Menurutnya yang lebih mesra disapa Edward, dia bersama Faisal cuba mencari jalan keluar dari masalah dihadapi dengan menghasilkan produk penjagaan wajah sendiri.

“Sebelum ni, kami gerakkan spa dengan melatih lebih kurang 60 therapist di bawah syarikat. Tapi disebabkan PKP, kesemua therapist tak boleh keluar untuk buat facial (rawatan muka) rumah ke rumah. Kami memang terkesan sehingga susah untuk jana pendapatan.

“Tapi sewaktu pandemik juga, ramai yang mengalami masalah jerawat disebabkan stres ‘terkurung’ di rumah dan terpaksa memakai mask (pelitup muka) sepanjang masa.

“Mereka mendesak saya untuk mengeluarkan produk kecantikan dengan harga berpatutan. Dari situ bermulalah perkembangan produk penjagaan wajah kami,” ujarnya kepada mStar.

Perkhidmatan spa rawatan dari rumah ke rumah dilakukan oleh Faisal.

Menurut Edward yang membuka salun kecantikan sejak 2014 di Puchong, dia kurang yakin untuk mengeluarkan produk sendiri apabila memikirkan perlu bersaing dengan pengasas yang sudah menempa nama dalam industri.

Namun, cabaran itu disahut oleh dirinya sendiri memandangkan dia memiliki sijil dan kepakaran dalam pembuatan produk kosmetik serta Faisal cukup berpengalaman dalam bidang pemasaran.

Justeru, impian menghasilkan produk berkualiti setanding jenama antarabangsa boleh dilaksanakan memandangkan mereka memiliki latarbelakang kukuh untuk memulakan perniagaan kosmetik berserta pelanggan setia.

Memandangkan syarikat itu dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu, ia dalam masa sama membolehkan syarikat Healez Beauty mencari keseimbangan dalam menghasilkan produk berkesan dan menawarkan kualiti yang sepadan secara harmoni.

“Saya sentiasa menjawab dan memberi bimbingan kepada pengguna produk kami melalui media sosial. Dari foto dikirimkan, kami dapat kenal pasti masalah kulit dihadapi dan mendapat maklum balas secara terus daripada pengguna serta menambah baik kandungan produk melalui formula-formula tertentu.

Edward dan Faisal mengambil masa sembilan bulan untuk R&D produk sebelum dijual kepada pelanggan.

“Saya ada tengok beberapa produk sedia ada lain di pasaran yang menggunakan pelbagai bahan sebagai formulasi. Tetapi bagi saya pasaran tempatan boleh hasilkan produk lebih bagus dengan harga berpatutan sebab saya banyak terpengaruh dengan produk-produk dihasilkan oleh Jepun sebelum ini.

“Kami ada kenalan seorang saintis berpengalaman dari Jepun yang membuat formulasi banyak produk antarabangsa sebelum ni. Kami ambil tip daripada pengalamannya dan bekerjasama dengan dua saintis terkenal di Malaysia untuk hasilkan serum pertama menggunakan bahan yang tidak pernah lagi digunakan dalam syarikat tempatan iaitu HOCL,” katanya.

Memenuhi permintaan pelanggan sedia ada, mereka mengeluarkan produk pertama bermula dengan Acne Corrective Hydrating Serum berasaskan HOCL diberi nama Healez yang dikeluarkan sebanyak 2,000 unit setelah mengambil masa sembilan bulan untuk uji kaji.

Peringkat permulaan produk dikeluarkan, ia bertujuan untuk merawat masalah pelanggan sedia ada namun siapa sangka maklum balas tentang keberkesanan serum keluaran mereka mula tersebar luas.

Selepas itu, sekitar 90 peratus daripada tempahan datangnya daripada pelanggan yang repeat order (ulangan pesanan) kerana keberkesanan yang ditunjukkan selepas menggunakan produk Healez Beauty.

Antara produk keluaran Healez Beauty.

“Waktu itu, syarikat kami kecil dan hanya beroperasi dari rumah. Kesemua proses termasuklah R&D (Research and Development), pengilangan dan edaran dilakukan kami berdua dan scientist.

“Kami bernasib baik kerana dikelilingi rakan-rakan sebaya yang sudi untuk memberi maklum balas berkaitan produk secara konsisten, malah ada di antara mereka yang menggunakan produk kami sejak ia diasaskan dua tahun lalu.

“Produk kami memberi fokus utama kepada mereka yang mempunyai jerawat. Tapi tak sangka produk kami boleh dapat permintaan daripada warga Amerika Syarikat dan Indonesia. Ramai yang bermasalah jerawat teruk dapat diselesaikan dengan menggunakan produk Healez,” katanya lagi.

Setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beberapa farmasi tempatan sekitar Selangor dan Pulau Pinang mula mengambil produk Healez untuk dijual sekali gus membuktikan set penjagaan kulit mereka selamat digunakan.

Sehingga kini, lebih 150,000 unit terjual di seluruh Malaysia malah mereka mula menerima permintaan dari negara asing di mana mereka bakal melancarkan satu lagi produk pada Jun 2023 dan menembusi pasaran Jakarta, Indonesia.

Edward dan Faisal merancang untuk membuka cawangan jualan produk di Indonesia pada Jun.

Produk keluaran mereka juga terbukti berkembang maju apabila sehingga kini mereka bukan sahaja memiliki serum malah pencuci muka, Ultra Defensive Calming Cleanser pelembab muka, Daily Regenerative Soothing Moisturizer.

Jadi tunggu apa lagi? Anda boleh layari laman web www.healezbeauty.com untuk mendapatkan produk mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain