suria

Jejaka tubuh gagah berotot ini makin jadi buruan jenama popular... Rupanya bukan ‘tin’ kosong, bakal jadi peguam tidak lama lagi

Iyzdham merupakan graduan bidang undang-undang yang akan bergelar peguam tidak lama lagi.

KEWUJUDAN media sosial menjadi lubuk rezeki buat content creator ini sehingga dia mampu menjana pendapatan sendiri sejak dua tahun lalu.

Menurut Muhammad Iyzdham Ang Kim Hwa, 25, populariti yang diraih menerusi platform seperti Instagram dan TikTok turut membuka peluang buatnya dalam dunia peragaan.

"Sejujurnya saya masih baru dalam dunia media sosial. Saya mula aktif di Instagram sekitar tahun 2021. Kemudian saya blow up beberapa kali hingga akaun saya makin dikenali. Pada waktu itu, saya tak buat content apa-apa.

14

Anak jati Ipoh ini baru sahaja menamatkan pengajian dari UM.

"Begitu juga dengan TikTok. Awalnya saya bukanlah seorang content creator. Saya sekadar kongsi tentang diri sendiri. Tiba-tiba akaun saya blow up tahun lepas.

"Sejak detik itu, saya mula dijemput menghadiri pelbagai acara, dapat job daripada pelbagai brand dan bergelar model. Pada 2021 juga saya diberi peluang untuk berjalan di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW).

"Saya juga mula belajar buat video. Saya tak sangka rezeki menerusi media sosial. Alhamdulillah ia menjadi sumber pendapatan. Dalam dua tahun ini saya dah tak perlu guna duit mak ayah," ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak.

i2

Iyzdham mula aktif di media sosial sejak dua tahun lalu.

Menurut jejaka berdarah kacukan Melayu-Cina itu, dia juga pernah berdepan kecaman apabila muncul dalam video mempromosikan kurta pada Ramadan lalu, namun menganggap ia sebagai lumrah biasa di media sosial.

"Ketika video promosi kurta itu viral, ada orang kecam, mereka cakap saya tak handsome. Saya tak ada rasa apa-apa, saya rasa betul. Jadi saya tak kisah. Itu pendapat mereka.

"Tapi sepanjang saya di media sosial, belum pernah lagi saya dapat kecaman teruk. Haters sikit-sikit tu ada la. Kalau komen melampau, saya delete saja. Saya tak nak ia mengganggu fikiran dan tak mahu kebencian tersebar di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Musim harumanis dah tiba, peguam muda bijak buat duit tepi... Buka but kereta jual mangga Perlis di Bukit Jelutong

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, si comel garang di gelanggang! Fighter Muay Thai raih hadiah lumayan di Thailand, lawan rebah dalam 16 saat

"Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak awal. Tanpa mereka, saya tak ada apa yang saya dapat sekarang. Sebab itu juga saya cuba yang terbaik untuk balas setiap komen di media sosial," ujarnya yang mempunyai lebih 60,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Bergelar peguam tak lama lagi

Bercerita mengenai kehidupannya, Iyzdham berkata dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya (UM) pada tahun lalu dan bakal bergelar peguam tidak lama lagi.

Mengimbas perjalanannya dalam bidang itu, Iyzdham berkata dia bercita-cita untuk bergelar peguam sejak berusia 15 tahun dan mengakui ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai.

310804817_482162537181504_2881724334096781627_n

Iyzdham mempunyai lebih 60,000 pengikut di aplikasi TikTok

"Sebenarnya tiada sesiapa yang bekerja sebagai peguam dalam keluarga saya. Tapi sejak zaman sekolah, saya rasa tak boleh masuk bidang perubatan atau kejuruteraan. Lepas tengok result, saya teruskan dalam bidang undang-undang,

"Awalnya mak ayah saya tanya, boleh ke buat? Sebab bidang ini susah. Mereka takut saya berhenti separuh jalan. Saya akui ia memang susah. Banyak kali saya menangis hubungi mak ayah, saya kata nak berhenti.

"Mungkin dengan berkat doa mereka, saya berjaya tamatkan pengajian. Saya fokus untuk tamatkan pengajian sebab tak ada bakat lain. Kawan-kawan pernah suruh masuk Hero Remaja, tapi saya tahu saya tak ada bakat," ujarnya berseloroh.

i5

Iyzdham pernah berjalan di pentas KLFW pada tahun 2021.

Di sebalik populariti yang diraih, Iyzdham berkata dia sentiasa meletakkan akademik dan kerjayanya dalam bidang undang-undang sebagai keutamaan kerana populariti tidak akan kekal buat selamanya.

"Kita kena sentiasa ada back up plan. Kita tak tahu berapa lama sebuah populariti itu akan kekal. Sebab itu saya tetap fokus bidang perundangan. Kalau suatu hari nanti saya dah tak relevan, saya masih boleh bergelar peguam.

"Saya letakkan kerjaya ini nombor satu. Media sosial nombor dua. Sebab cita-cita nak jadi peguam ini sejak zaman belajar lagi. Buat sementara waktu ini, saya enjoy dulu sebagai influencer," ujarnya yang mempunyai lebih 118,000 pengikut Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official

Artikel Lain