suria

Tiada istilah penat, berkhidmat tanpa had! Usaha wira-wira tak didendang tak pernah terhenti sepanjang Covid-19 melanda

Tang menyediakan kotak makan tengah hari vegetarian di Kantin Muzi, Kuala Lumpur, untuk orang-orang di kawasan itu.

TAK pernah kenal erti lelah dan putus asa.

Ungkapan itu mungkin sesuai bagi menggambarkan kisah pemenang Star Golden Hearts Award (SGHA) yang lalu ini.

Dalam mendepani cabaran dengan pandemik Covid-19 yang melanda, wira-wira yang tak didendang terus memberi impak kepada masyarakat dengan pelbagai usaha murni mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah, sedih saksikan cengkaman peraih... Anak nelayan ini bangkit perjuangkan nasib pelaut, hasilnya Pasar Pendekar Laut!

Pemenang SGHA 2019, Yunizam Yusop dan pasukannya, Team Abam Botak seolah-olah tiada masa untuk berehat sepanjang pandemik ini.

Bermula dengan khidmat kenderaan percuma ke hospital untuk keluarga miskin di Sandakan, Sabah, Yunizam kini turut menguruskan penghantaran dan pengebumian jenazah wabak Covid-19.

"Setiap hari kami menerima panggilan untuk membantu menguruskan jenazah pesakit Covid-19 kerana hospital kekurangan kakitangan disebabkan kes yang tinggi.

"Kita juga bekerja rapat dengan polis, bahagian forensik dan pihak berkuasa kesihatan di Sandakan dalam membawa pesakit yang sudah meninggal untuk diperiksa sebelum dikebumikan.



Yunizam Yusop dan pasukannya, Team Abam Botak seolah-olah tiada masa untuk berehat sepanjang pandemik ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Baru-baru ini kami menggunakan bot untuk membawa jenazah pesakit Covid-19 dari Pulau Timbang ke tanah besar untuk dikebumikan. Tiada had dalam perkhidmatan kami," ujarnya.

Pelbagai risiko yang dihadapi juga langsung tidak memudarkan semangat Yunizam.

"Memenangi SGHA dua tahun lalu merupakan satu penghargaan besar ke atas kerja-kerja kami. Saya percaya apa yang kami lakukan merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai masyarakat.

"Kami berharap akan menerima lebih banyak van untuk melancarkan kerja-kerja kami," ujarnya.

Selain Yunizam, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang juga merupakan nama yang tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan.

Sudah sekian lama Uncle Kentang menabur bakti dalam membantu pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

"Anugerah itu memberi impak besar kepada saya, ia bagaikan satu kepercayaan kepada organisasi saya dan membuka jalan kepada kerjasama dengan penderma," ujarnya.

Setiap hari kami menerima panggilan untuk membantu kematian pesakit Covid-19 kerana hospital kekurangan kakitangan disebabkan kes yang tinggi.

YUSNIZAM YUSOP

PEMENANG SGHA 2019

Bermula dengan dua ambulans dan sebuah van, Kuan kini memiliki 11 ambulans dan 10 van untuk membantu golongan memerlukan.

Dia turut memulakan platform kutipan dana 'Kentang Fund' untuk pelbagai khidmat termasuklah bantuan kesihatan, baucar makanan, ubat-ubatan percuma, rumah transit RM1, perpustakaan 10 sen dan pasar 10 sen.

"Ketika pandemik kita juga menjalankan 'Mah Cher' yang mana inisiatif ini bertujuan membantu penjaja yang kesusahan.

"Biarpun bantuan RM200 mungkin kecil buat mereka, ia memberi semangat dan mesej supaya mereka tak putus asa," ujarnya yang sebelum ini turut menerima anugerah daripada Ratu Elizabeth II, atas kerja kebajikan yang dilakukan.

Bagi pemenang PWD Smart FarmAbility tahun 2020, dalam tempoh setahun sejak idiiktiraf dengan anugerah itu, ia berjaya mengembangkan misi keselamatan makanannya.

"Pengiktirafan berprestij telah membantu kami dalam meneruskan apa yang kami usahakan," kata pengasas syarikat sosialnya, Dr Billy Tang, yang mahu memperkasakan orang kelainan upaya (OKU) melalui pertanian bandar dan menjadikan makanan berkhasiat dapat diakses oleh semua orang.

Sehingga kini, lebih daripada 1,300 ikan talapia organik gergasi dan lebih dari 500 terarium sayur organik telah diterima pakai atau diberikan kepada keluarga miskin.



Nama Uncle Kentang tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan di negara ini.

“Bantuan makanan kami yang unik memastikan para penerima makan sayur-sayuran segar dan sihat tanpa menjejaskan kesegaran dan nutrien.

"Kami juga berkongsi teknologi dengan salah satu rakan impak kami di Pulau Pinang, Kairos Agriculture, untuk melakukan usaha yang sama dalam menyediakan makanan berkhasiat untuk orang miskin," katanya.

Pada April, perusahaan sosial Tang memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan OKU Sentral yang mempunyai 19,000 ahli, yang diasaskan oleh Senator Datuk Ras Adiba Radzi, untuk memperkasakan komuniti itu di Malaysia melalui akses makanan berkhasiat.

"Pada tahun lalu, kami telah menjalin hubungan dengan lebih banyak rakan kongsi impak yang berminat untuk menjadi penerima sistem makanan kami atau ingin membantu kami mengembangkan pekerjaan kami.

"Kami benar-benar bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang SGHA," katanya.

PWD Smart FarmAbility juga merupakan salah satu daripada dua pemenang Anugerah Inspirasi Gamuda yang dipilih dari kumpulan 10 pemenang tahun lalu.

Kembali untuk tahun ketujuh, SGHA adalah anugerah tahunan oleh The Star dan Yayasan Gamuda untuk meraikan dan menghargai wira-wira Malaysia yang tidak dikenali.

Orang ramai boleh menghantar pencalonan untuk anugerah tahun ini di SINI bermula dari sekarang sehingga 31 Julai 2021. - The Star.



Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain