suria

Awas! Dedah anak belum masuk usia 2 tahun kepada skrin boleh membantutkan perkembangan

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengisi masa anak-anak. -Gambar hiasan The Star

IBU dan bapa pastinya berasa sangat gembira apabila mengetahui atau melihat kebolehan baharu yang ditunjukkan si kecil.

Malah kebanyakan mereka gemar mengamati perkembangan bayi sejak berusia satu hari .

Bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa yang meluahkan rasa hairan apabila anak-anak mereka tidak menunjukkan perkembangan sewajarnya mengikut garis panduan yang ditetapkan pakar.

Mengulas mengenainya, pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, Dr Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee berkata, ia berpunca daripada pendedahan awal kanak-kanak kepada layar elektronik atau screen time seperti telefon pintar dan televisyen.

“Kalau ada satu jenis perangai yang tak diubah-ubah, developmental delays akan wujud... menyebabkan dia akan lambat daripada segi pemikiran dan juga perbuatan,” ujarnya.

Gajet tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak bawah usia dua tahun. -Gambar hiasan The Star

Gajet tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak bawah usia dua tahun. -Gambar hiasan The Star

Mendedahkan kajian yang pernah dilakukan, beliau berkata, bayi yang telah diberi peranti elektronik seperti telefon pintar mahupun televisyen bermula umur satu tahun akan berdepan masalah perkembangan lambat sama ada dari sudut sosial, percakapan mahupun mental.

Katanya, tingkah laku tersebut akan memberi kesan apabila umurnya dua tahun.

“Daripada usia dua tahun itu pula, dia akan effect pada umur empat tahun dan seterusnya.

“Bagaimanapun ada bayi yang screen time tetapi tidak mengalami sebarang masalah.

“Kebiasaannya, mereka (bayi terlibat) bukan berumur satu atau dua tahun sebab memang tidak dinafikan telefon atau teknologi zaman sekarang ini akan improve kemahiran kanak-kanak dari segi komunikasi mahupun sosial,” jelasnya.

Alihkan perhatian anak anda dengan aktiviti berfaedah seperti buku bergambar.

Alihkan perhatian anak anda dengan aktiviti berfaedah seperti buku bergambar.

Mengulas lanjut, Dr Qarafi Tee berkata, kajian yang dinyatakan itu lebih memfokuskan kepada kanak-kanak yang berumur satu atau dua tahun.

“Dalam kajian tersebut, budak yang screen time kurang satu jam sehari akan dapat 61 peratus developmental delays berbanding budak yang tidak melakukannya.

“Jika dia melihat dua hingga empat jam sehari, masalah berkenaan akan berlaku dua kali ganda lagi,” tambahnya sambil berkata, gajet boleh diberikan kepada kanak-kanak tetapi bukan pada bayi.

Justeru, beliau mencadangkan supaya bayi yang berusia bawah 12 bulan tidak diberikan screen time sepenuhnya.

Malah ibu bapa perlu menggantikannya dengan perkara lain seperti bermain atau sebagainya.

“Bayi yang berusia dua tahun ke bawah pula, bagi semaksimum satu jam sehari,” tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain