suria

Daun pandan boleh bantu hilangkan jerawat, selesaikan 3 masalah kulit yang lain... Ini caranya!

Daun pandan mempunyai khasiat untuk kulit selain digunakan dalam makanan.

DAUN pandan sering digunakan sebagai bahan pewangi dan pewarna hijau dalam makanan.

Disebabkan mempunyai aroma dan bau yang harum, sesetengah individu menggunakan daun pandan sebagai penyegar bilik tidur mahupun tandas sekali gus menghalang gangguan serangga perosak seperti semut.

Selain digunakan untuk masakan dan keperluan rumah, daun pandan juga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh khususnya kulit wajah.

Daun pandan yang dilenyek boleh dijadikam mask muka. -Gambar Facebook Dr Rizal Abu Bakar

Daun pandan yang dilenyek boleh dijadikam mask muka. -Gambar Facebook Dr Rizal Abu Bakar

Membongkar kebaikan yang terkandung dalam bahan alami itu, pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar berkata, daun pandan mempunyai tannin yang baik untuk kesihatan kulit.

“Daun pandan adalah remedi semula jadi untuk kulit terbakar.

“Kalau ada masalah jerawat, gunakan daun pandan sebagai mask muka. Campur dengan madu, lemon atau tomato bagi memberikan kesan yang maksima,” ujarnya.

Caranya adalah dengan melenyekkan daun pandan dan menempelnya pada muka selama 15 minit.

Sesetengah individu mengamalkan air rebusan daun pandan dalam rutin harian.

Sesetengah individu mengamalkan air rebusan daun pandan dalam rutin harian.

Bagi mereka yang mempunyai pori besar, boleh hancurkan daun pandan dan campurkan bersama kuning telur.

Kemudian lumurkan pada kawasan pori.

Untuk mencegah premature aging pula, campurkan daun pandan dengan olive oil dan oleskan pada wajah.

Anda juga boleh melakukannya setiap hari supaya mendapat kesan yang menakjubkan.

Pastikan cuci wajah terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan wajah ya!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain