suria

Wanita tak perlu rasa bersalah kalau asyik nak makan coklat... Boleh rangsang emosi gembira

Coklat memberi manfaat kegembiraan kepada wanita berusia. -Gambar hiasan The Star

KESIBUKAN tugas di tempat kerja di samping rutin harian mengurus anak-anak, memasak dan mengemas rumah menjadikan kebanyakan wanita tidak sempat menikmati rehat yang cukup.

Nak ambil masa sendirian atau me time selama beberapa jam pula agak sukar terutama bagi yang memiliki anak kecil.

Bagaimanapun, wanita yang berhadapan krisis seperti ini masih boleh menikmati kegembiraan dengan cara tersendiri.

Memetik laporan The Sun, pengambilan coklat setiap hari selama lapan minggu didapati dapat mengurangkan perasaan negatif, kemurungan dan kebimbangan terutama wanita pertengahan umur.

Kandungan di dalam coklat dapat membantu merangsang mood positif. -Gambar hiasan The Star

Kandungan di dalam coklat dapat membantu merangsang mood positif. -Gambar hiasan The Star

Ini kerana flavanol antioksidan dalam biji koko boleh menghalang kerosakan sel, yang mengganggu hormon dan isyarat otak.

Dalam kajian yang dilakukan penyelidik, 60 wanita sihat berumur antara 40 dan 60 tahun diberi sama ada minuman coklat atau minuman yang sama tetapi tidak mengandungi koko.

Selepas dua bulan, peminum koko mendapat markah yang lebih baik pada skala mood selain mengakui kemesraan dan tenaga mereka dirangsang.

Penyelidik Profesor Masakazu Terauchi berkata, ekstrak koko mengurangkan kemurungan, keletihan dan kebimbangan serta meningkatkan mood positif.

"Flavanol kakao mungkin makanan berguna yang boleh meningkatkan mood wanita pertengahan umur,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain