suria

Nantikan produk inovasi kulit durian, penyelidik Singapura bakal hasilkan pembalut luka

Ciptaan ini bertujuan menjimatkan kos dan mesra alam kerana turut membantu menangani masalah sisa makanan.

RAMAI dalam kalangan kita yang tidak menggemari durian kerana baunya yang tidak menyenangkan serta kulitnya yang berduri tetapi tentu sekali berbeza bagi penggemar raja buah itu.

Sesuai dengan perkembangan teknologi dengan pelbagai inovasi, ternyata durian bukan sahaja enak dimakan tetapi kulitnya juga boleh digunakan dalam perubatan untuk kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mandi ais boleh legakan sakit otot... penggemar aktiviti outdoor jom cuba!

Satu kumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Singapura telah berjaya mengubah kulit durian menjadi plaster luka gel antibakteria.

.

Para penyelidik percaya, ia akan mengambil masa sehingga dua tahun sebelum produk mereka dapat dipasarkan.

Tempoh beberapa tahun lagi diperlukan bagi mencari penyelesaian kepada isu bau daripada bahagian buah berkenaan yang dianggap kurang enak.

Memetik Reuters, untuk membuat pelekat luka ini, penyelidik mengekstrak serbuk selulosa daripada sekam selepas kering.

Serbuk selulosa itu kemudian dicampur dengan gliserol (satu lagi produk sampingan kitar semula daripada industri biodiesel dan sabun), yang mengubahnya menjadi gel lembut yang boleh dibahagikan kepada jalur pembalut.

Jalur itu kemudiannya dirawat dengan sebatian daripada yis roti - yang mempunyai sifat antibakteria, dan kemudian sedia untuk digunakan dalam situasi pertolongan cemas.

durian

Molekul organik daripada ragi dicampur supaya lapisan tersebut menjadi anti bakteria.

Satu faedah tambahan pembalut ini adalah keupayaannya untuk mengekalkan kawasan yang cedera sejuk dan lembap, serta membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

"Di Singapura, kami mengambil kira-kira 12 juta durian setahun, jadi selain daripada isinya, kami tidak boleh berbuat banyak tentang kulit dan biji, dan ini menyebabkan pencemaran alam sekitar," kata William Chen, seorang profesor program sains dan teknologi dan pengarah makanan universiti itu.

Tetapi walaupun projek ini sudah menampakkan hasil yang baik tetapi produk ini masih dalam bentuk prototaip.

Sejak menghasilkan produk prototaip, pasukan itu telah mengadakan perbincangan dengan rakan kongsi industri yang berpotensi untuk menentukan kemungkinan meningkatkan pengeluaran pembalut.

Menurut Chen, produk yang sudah selesai kelak boleh mula dipasarkan di kedai dalam masa dua tahun sahaja jika semuanya berjalan lancar, dengan harga runcit dijangka kompetitif di peringkat awal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain