suria

Racun serangga pun tidak mampu bunuh lipas... Jom baca kekebalan serangga ini!

Susuk tubuh kecil lipas menimbulkan ketakutan apabila lihat kelibatnya, apatah lagi jika ia mendekat.

SEBUT sahaja perkataan lipas, ia boleh membuatkan ramai orang di takut dan geli.

Sampai ada yang melabelkan lipas kepada dua kategori yang berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 perkara ini... mungkin kita anggap pelik tapi normal di negara lain

Lipas yang tidak berbahaya cuma berjalan dan tidak mengganggu orang sekeliling.

Manakala, lipas terbang dianggap bahaya dan tentu sekali ada yang lari selamatkan diri daripada 'kena serang'.

Jika anda salah seorang ‘Katsaridaphobia' iaitu takut akan lipas, ada berita buruk yang akan menyebabkan tahap ketakutan anda lebih tinggi!

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Purdue di Amerika Syarikat, lipas kini sudah berevolusi dan hampir mustahil untuk dihapuskan.

Lebih menakutkan, kajian tersebut membuktikan spesies lipas di Jerman bukan sahaja mampu bertahan daripada bahan kimia, malah semakin kebal walaupun didedahkan kepada pelbagai jenis racun serangga selama enam bulan.

Menerusi kajian tersebut, saintis mendapati, lipas kini bukan sahaja membina daya tahan terhadap racun serangga yang disemburkan juga racun serangga daripada jenis lain.

lipas 4

Saintis tidak dapat mengurangkan jumlah lipas biarpun melalui pelbagai penukaran racun serangga untuk menghapuskanya.

Malah, kajian mendapati serangga yang kebal ini boleh mewarisi daya tahan tersebut kepada anak-anaknya menjadikan populasi ini suatu hari nanti 'imune' kepada semua racun serangga.

Bayangkan seekor lipas betina mampu untuk menghasilkan 300 telur seumur hidupnya.

Menurut Michael Scharf, ketua kajian ini menyatakan ini merupakan cabaran dalam kajian lipas yang belum disedari sebelum ini.

”Lipas yang membina daya tahan kepada beberapa jenis racun serangga akan menyukarkan manusia untuk mengawalnya kerana hampir mustahil untuk menghapuskannya dengan hanya menggunakan bahan kimia,” tambah Scharf.

Ini dibuktikan apabila lipas-lipas yang dijadikan bahan uji sama sekali tidak berkurang biarpun melalui pelbagai penukaran racun serangga yang berlainan untuk menghapuskanya.

lipas 2

Ada yang menyembur hampir sebotol racun serangga asalkan makhluk yang paling digeruni ini mati.

Menjadi lebih sukar untuk membunuh serangga ini apabila mereka membiak dengan banyak dan mampu untuk berevolusi daripada segi imuniti dan ketahanan terhadap bahan kimia.

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membuktikan bahawa kekebalan lipas terhadap bahan kimia telah menjadi penghalang kepada kawalan serangga di Jerman semenjak tahun 1950-an.

Sudah terjawab selama ini kenapa lipas disembur dengan racun serangga berulang kali pun susah untuk mati.

Situasi ini memang gerun bagi si penakut lipas apabila makhluk ini semakin ‘kebal’ kerana mengeluarkan daya tahan tubuh yang kuat.

Menurut Scharf, cara yang boleh digunakan adalah dengan kaedah rawatan menghapuskan serangga bagi mengatasi masalah ini.

Ini termasuklah dengan menggunakan cara fizikal seperti perangkap dan pembersih hampagas serta menjaga kebersihan sekeliling kita.

Ia mungkin bakal menggunakan modal yang tinggi, tapi lebih rendah daripada segi risiko untuk membuat lipas jadi lebih kebal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain