suria

Buah dada lelaki membesar ketika akil baligh... Ini 7 ciri saat melangkah ke alam dewasa

Perubahan fizikal seperti pertumbuhan misai dan janggut adalah perkara biasa.

AKIL baligh adalah proses semula jadi apabila tubuh seorang kanak-kanak mula berkembang memasuki alam remaja.

Ciri-ciri akil baligh bagi kanak-kanak perempuan dan lelaki adalah berbeza yang mana perempuan biasanya akan mula datang haid dan payudara membesar.

ARTIKEL BERKAITAN:Benarkah kerap mimpi basah boleh ganggu sistem reproduksi lelaki?

Manakala bagi lelaki pula, suara menjadi kasar, pertumbuhan bulu di bahagian wajah dan mengalami mimpi basah.

Kebiasaannya, kanak-kanak perempuan akan mengalami fasa ini ketika berusia 11 tahun, manakala kanak-kanak lelaki pada usia 12 tahun.

Perubahan fizikal akil baligh

Apabila memasuki fasa akil baligh pelbagai perubahan berlaku pada fizikal kanak-kanak lelaki.

Pun begitu, setiap individu berbeza-beza dan ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya anak mereka mengalami akil baligh lebih awal atau lambat daripada sepatutnya.

Perubahan fizikal kanak-kanak lelaki

Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih cenderung untuk tidak bercakap mengenai perubahan yang sedang berlaku kerana ia dianggap sebagai peribadi.

Perubahan ini boleh menjadi pengalaman memalukan bagi mereka dan ibu bapa perlu mengetahui ciri-cirinya agar dapat memahami proses yang sedang berlaku kepada anak lelaki mereka.

Perubahan fizikal

1. Bentuk tubuh

Secara fizikalnya, sebelum mencapai akil baligh, berat badan kanak-kanak lelaki biasanya akan meningkat secara mendadak dan kebiasaannya ia akan berubah menjadi normal selepas itu.

Ketika usianya mencecah 13 tahun baharulah perubahan ketara dari segi saiz dan ketinggiannya dapat dilihat - bahunya akan menjadi lebar, otot-otot dibadan juga akan mula kelihatan.

Pada tahap ini, mereka akan menjadi lebih kuat dan dapat memanfaatkan kekuatan itu.

Perubahan

2. Badan berbau dan jerawat

Kebersihan merupakan kunci paling penting apabila seorang kanak-kanak lelaki memasuki alam remaja. Apabila sudah mencapai akil baligh, tubuh mereka akan menghasilkan lebih banyak peluh dan menyebabkan bau badan serta masalah jerawat.

Penting pada tahap ini untuk memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan diri.

3. Pembesaran zakar dan testis

Ciri-ciri akil baligh yang paling awal berlaku adalah pertumbuhan zakar dan testis dua kali ganda daripada saiz asal.

Ia akan mula bertambah panjang dan lebar. Satu pertiga kanak-kanak lelaki juga akan mengalami masalah bonjolan kecil pada zakar yang disebut sebagai papula.

Benjolan yang kelihatan seperti jerawat itu adalah normal dan tidak berbahaya. Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.

Mimpi basah

4. Mimpi basah

Mimpi basah adalah keadaan di mana kanak-kanak lelaki akan mengeluarkan air mani tanpa disedari ketika tidur dan ia adalah perkara normal dalam proses memasuki akil baligh.

Ia adalah ciri paling besar dalam proses 'dewasa' bagi kanak-kanak lelaki dan ia boleh berlaku tanpa sebarang alasan.

5. Perubahan suara

Perubahan suara barangkali adalah petanda paling jelas kanak-kanak lelaki sudah mencapai akil baligh. Suara anak mungkin kedengaran pecah tetapi ia akan terbiasa seiring dengan waktu.

Pada waktu ini juga, mereka mungkin lebih banyak berdiam diri kerana mungkin berasa malu dengan perubahan itu.

Perubahan mood

6. Perubahan mood

Sama seperti perempuan, lelaki juga akan mengalami perubahan mood disebabkan hormon selain perubahan fizikal dan emosi sepanjang proses itu.

Daripada seorang yang periang, manja mereka boleh berubah menjadi pendiam dan tidak mesra malah sangat sensitif. Sebagai ibu bapa perlu bersabar dengan keadaan ini kerana ia bersifat sementara.

615bd043d2543

Ibu bapa perlu peka dengan perubahan ini kerana biasanya anak lelaki akan jadi lebih pendiam.

7. Payudara

Seperti perempuan, kanak-kanak lelaki yang memasuki akil baligh turut mengalami pertumbuhan payudara disebabkan beberapa hormonnya berubah menjadi estrogen.

Kebiasaannya ia bersifat sementara namun bagi sesetengah lelaki payudaranya akan kelihatan besar terutamanya bagi yang mempunyai berat badan berlebihan.

Bagaimanapun jika bahagian payudara nampak bengkak dan tidak surut selepas satu tempoh, ibu bapa disarankan membawa anak mereka berjumpa doktor dan ia boleh disebabkan masalah lain.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or