suria

Punca masih samar, tapi kajian menunjukkan Covid-19 pengaruhi daya ingatan dan fungsi kognitif bekas pesakit

Covid 19 dikatakan memberi kesan kepada daya ingatan dan fungsi kognitif manusia.

COVID-19 dapat mempengaruhi fungsi kognitif manusia yang meliputi kabut otak (brain fog), daya ingatan dan perhatian terhadap sesuatu perkara.

Kajian yang dilakukan oleh Mount Sinai Health System, Amerika Syarikat itu menganalisis fungsi kognitif 740 bekas pesakit Covid-19 antara April 2020 sehingga Mei 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Percubaan global... ribuan pesakit di 52 negara uji 3 ubat baharu merawat Covid-19

Tempoh kajian tersebut dilakukan terhadap bekas pesakit dalam tempoh tujuh ke lapan bulan dan kesemua koresponden mendapatkan rawatan di hospital selepas disahkan dijangkiti wabak itu.

Kesemua pesakit adalah berumur 18 tahun ke atas dan rata-rata mereka berusia 49 tahun dan tidak memiliki sejarah penyakit demensia.

Menerusi kajian itu, penyelidik melihat kepada fokus, memori, kecepatan serta daya memproses memori dan daya ingatan koresponden. Hasilnya, fungsi kognitif bekas pesakit tidak sesuai dengan usia, tahap pendidikan serta jenis jantina.

Pelupa

Penyelidik masih mengkaji punca bekas pesakit Covid-19 mengalami masalah kognitif.

Kajian ini mendapati satu daripada empat atau 24 peratus pesakit yang sembuh daripada Covid-19 mengalami kesukaran dalam pengekodan memori manakala 23 peratus lagi sukar mengingat sesuatu perkara dan 18 peratus sukar memproses maklumat diterima.

Pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital lebih berisiko mengalami kesan kognitif ini berbanding mereka yang menjalani kuarantin di rumah.

Individu yang dirawat di hospital 2.8 kali lebih besar mengalami masalah kognitif manakala 2.3 peratus pula mungkin mengalami masalah berhubung pengekodan memori.

"Pesakit yang dirawat di hospital memiliki frekuensi gangguan lebih tinggi tetapi penyelidik turut melihat kepada pesakit yang menjalani kuarantin di rumah dan ditempatkan di ICU," kata Dr Jacqualine Becker yang juga salah seorang penyelidik dalam kajian itu.

Sehingga kini penyelidik masih mengkaji mengapa Covid-19 dapat mempengaruhi fungsi kognitif dan beberapa telahan yang sedang diteliti di antaranya wabak itu menyebabkan keradangan di otak, jangkitan sel endotel otak dan pembekuan darah kecil yang merosakkan pembuluh darah di bahagian kepala.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain