suria

Selepas vaksin, AstraZeneca hasilkan ubat antibodi... mampu cegah dan rawat Covid-19

AstraZeneca dirancang untuk melindungi mereka yang tidak memiliki imuniti terhadap vaksin.

SELEPAS menghasilkan vaksin Covid-19, AstraZeneca sedang mengembangkan ubat antibodi yang berfungsi sebagai pencegahan terhadap individu yang tidak dijangkiti virus itu.

Ubat itu juga terbukti dapat menyelamatkan nyawa dan mencegah gejala parah ketika diberikan sebagai rawatan dalam tempoh seminggu selepas gejala pertama dikenal pasti.

ARTIKEL BERKAITAN: Paracetamol melegakan sakit tapi bahaya jika disalah guna

Uji kaji terhadap ubat ini juga menunjukkan ia membantu mengurangkan risiko Covid-19 yang kritikal atau kematian sehingga 50 peratus bagi pesakit yang tidak menerima rawatan di hospital selama tujuh hari.

Ubat yang merupakan kombinasi dua antibodi yang dikenali sebagai AZD7442 diberikan melalui suntikan dan ia sesuai digunakan bagi mereka yang tidak memiliki respons terhadap imunisasi yang kuat terhadap vaksin.

Ini termasuk mereka yang telah melakukan pembedahan pemindahan organ atau menerima rawatan kanser.

Sementara itu, AstraZeneca sedang dalam proses memohon kebenaran penggunaan AZD7442 dan percubaan dilakukan di 13 buah negara, melibatkan lebih daripada 900 golongan dewasa dan 90 peratus daripadanya menderita pelbagai penyakit yang menjadikan mereka lebih rentan terhadap Covid-19 seperti kanser dan diabetes.

553

Ubat itu juga terbukti dapat menyelamatkan nyawa dan mencegah gejala parah.

AZD7442 mengandungi antibodi buatan makmal dan boleh hidup di dalam badan selama beberapa bulan untuk menahan virus sekiranya berlaku jangkitan.

Sebaliknya, vaksin bergantung pada sistem kekebalan tubuh untuk mengembangkan antibodi dan sel melawan jangkitan.

Pegawai eksekutif AstraZeneca, Mene Pangalos berkata, rawatan ini adalah potensi untuk digunakan pada masa depan sebagai pencegahan bukan melalui vaksin.

Dalam perkembangan sama, antibodi monoklonal turut sedang dikembangkan oleh Regeneron, Eli Lilly dan GlaxoSmithKline dan ia sudah dipersetujui untuk digunakan di Amerika Syarikat bagi merawat Covid-19 ringan dan sederhana.

Terapi Regeneron dikatakan dapat memberi perlindungan sebanyak 72 peratus terhadap jangkitan bergejala pada minggu pertama dan 93 peratus pada minggu berikutnya.

Selain itu, Merck & Co Inc yang menghasilkan ubat Covid-19 dalam bentuk tablet pula dikatakan dapat mengurangkan risiko rawatan di hospital atau kematian sehingga 50 peratus dalam uji kaji yang dilakukan.

Merck yang bergabung dengan Ridgeback Biotherapeutics turut membuat permohonan kepada kerajaan Amerika untuk membenarkan penggunaan ubat itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain