suria

Jom cuba! Ada 5 senaman otak pada waktu pagi mampu buat anda lebih cergas, bertenaga

Permainan teka-teki dapat membantu menajamkan fikiran dan membuatkan fikiran lebih segar.

MENJALANI kehidupan dalam suasana pandemik bukan perkara mudah apatah lagi perlu bekerja dari rumah, membantu anak-anak dengan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) dan melakukan tugasan lain dalam satu masa.

Situasi itu boleh mendatangkan tekanan selain mengganggu fokus terhadap perkara yang perlu diselesaikan setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom cuba! 5 makanan ringan ini mampu bantu turunkan kadar kolesterol

Senaman otak setiap pagi sebenarnya dapat membantu mengosongkan fikiran daripada perkara yang mendatangkan tekanan.

"Senaman otak sebelum melakukan aktiviti rutin dapat meningkatkan kemampuan dan kemahiran berfikir selain membuatkan komunikasi menjadi lebih tenang dan efektif," kata pakar neuropsikologi, Dr Jennifer Wolkin.

Apa perkara yang boleh kita lakukan?

Reading

1. Membaca bahan santai

Dalam suasana pandemik, kita jarang dapat meluangkan waktu untuk perkara-perkara kecil yang membuatkan kita tenang dan merangsang fikiran.

Salah satu yang boleh dilakukan setiap pagi adalah membaca - baik surat khabar atau majalah.

"Membaca bukan sahaja dapat menambah ilmu tetapi juga membantu membawa kita keluar daripada kesibukan setiap hari," katanya.

687924924

2. Senaman

Bersenam memang penting untuk kesihatan tetapi ada beberapa alasan lain yang membuatkan ia penting sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.

Jelas Dr Jennifer, senaman dapat mengubah kimia dalam otak yang boleh memberi impak terhadap membuat keputusan, menilai sesuatu, menajamkan memori serta menjaga otak seiring pertambahan usia seseorang.

Muzik

3. Mendengar muzik klasik

Irama daripada muzik klasik seperti Mozart dan Beethoven secara signifikan dapat meningkatkan fungsi kognitif dan konsentrasi seseorang.

Permainan teka-teki dapat membantu menajamkan fikiran dan membuatkan fikiran lebih segar.

4. Permainan teka-teki

Belajar dan berlatih tentang sesuatu yang baharu boleh meningkatkan kesihatan otak.

"Hanya dengan mencuba teka-teki silang atau mengikuti kuiz dalam talian dapat membantu membangunkan kognitif seseorang," kata Dr Jennifer.

Jelasnya, otak akan berkembang ketika seseorang melakukan sesuatu yang baharu.

Sleep

5. Rehat yang cukup

Lebih 70 peratus orang dewasa tidak mendapat tidur pada waktu malam yang cukup menurut kajian dilakukan American Sleep Apnea Association.

"Tidur terbukti membantu meningkatkan kemampuan berfikir yang secara langsung mempengaruhi kemampuan kita untuk mengawal perilaku manusia," ujarnya.

Cara terbaik untuk membuat tubuh sentiasa berada dalam keadaan segar adalah dengan mengikut jadual tidur yang sesuai. Aktiviti menenangkan seperti membaca dapat membantu tidur lebih lena.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain