suria

Jangan pandang ringan kencing berbuih, ia mungkin petanda masalah buah pinggang!

Kencing berbuih boleh menjadi petanda pelbagai penyakit berbahaya termasuk masalah buah pinggang. -Gambar hiasan

AIR kencing yang berbuih biasanya disebabkan oleh aliran urin yang cepat namun terdapat pelbagai faktor lain boleh menyebabkan berlakunya keadaan ini.

Healthline melaporkan penyebab urin berbuih bukan sahaja disebabkan membuang air kencing dengan cepat tetapi boleh disebabkan dehidrasi selain gangguan pada buah pinggang dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui punca lidah bertukar menjadi kuning, bahaya atau tidak?

Kecepatan ketika membuang air kencing boleh menyebabkan air kencing bergelembung dan berbuih namun ia akan hilang dengan cepat.

Senyawa organik yang disebut sebagai 'surfaktan' juga boleh menyebabkan air kencing berbuih.

Surfaktan yang meresap dalam air menghasilkan hidrofilik dan hidrofobik. Ini bermaksud ia dapat memerangkap kantung gas di permukaan cecair sehingga menghasilkan buih.

Bagaimanapun beberapa masalah kesihatan juga boleh menyebabkan terjadinya kencing berbuih. Berikut adalah beberapa penyebab lain kepada keadaan itu.

Dehidration

1. Dehidrasi

Jika seseorang mengalami dehidrasi, urin akan nampak lebih gelap dan pekat berbanding kebiasaannya. Ini kerana kurangnya cecair untuk mencairkan bahan lain seperti protein dalam air kencing.

Protein memiliki sifat surfaktan dan ketika ia hadir dalam jumlah yang besar, ia dapat menyebabkan air kencing berbuih ketika ia dikeluarkan.

Jika seseorang kencing berbuih dalam tempoh kerap, ia mungkin merupakan gejala proteinuria (protein dalam urin). Ini boleh menjadi gejala awal penyakit buah pinggang.

2. Penyakit buah pinggang

Salah satu fungsi buah pinggang adalah menyaring protein dalam darah. Protein ini melakukan pelbagai fungsi penting dalam tubuh termasuk menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Jika seseorang mengalami kerosakan buah pinggang, protein dapat bocor dari ginjal ke dalam air kencing.

Ginjal yang berfungsi dalam keadaan baik tidak akan menyebabkan protein masuk ke dalam air kencing dan jika ia berlaku mungkin tanda ginjal seseorang itu mengalami masalah.

Kencing berbuih

3. Kehadiran albumin dalam urin

Kehadiran albumin dalam urin disebut sebagai albuminuria atau proteinuria. Jika air kencing seseorang terus menerus berbuih, itu mungkin menandakan mereka mengalami proteinuria.

Ini boleh menjadi gejala awal penyakit buah pinggang. Beberapa gejala penyakit ginjal yang lain termasuk; kulit berasa gatal, mual, sesak nafas, kaki menjadi bengkak dan kepenatan yang tidak dapat dijelaskan.

Selain itu seseorang itu mungkin kerap membuang air kecil dan muntah. Sekiranya seseorang memiliki gejala ini dan sejarah keluarga yang mempunyai penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi atau diabetes, mereka harus melakukan pemeriksaan kesihatan.

645403776

4. Diabetes

Diabetes dapat menyebabkan kadar albumin yang lebih tinggi masuk ke dalam buah pinggang. Tindak balas ini dapat menyebabkan urin berbuih. Nefropati diabetik adalah komplikasi yang berhubungan dengan diabetes jenis 2.

Keadaan ini disebabkan oleh perubahan struktur dan pembentukan buah pinggang. Beberapa penelitian menunjukkan bahawa kerosakan pada mikrovaskular ginjal (pembuluh darah kecil) dan sistem penapisan kerana nefropati diabetik memungkinkan protein masuk ke dalam air kencing dengan lebih bebas.

Pesakit diabetes jenis 2 mungkin mengalami gejala lain termasuk; pandangan menjadi kabur, mulut kering, mudah berasa haus, rasa lapar dan kegatalan pada kulit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain