suria

Menguap bukan hanya kerana tak cukup tidur, anda mungkin ada 5 masalah kesihatan ini

Terdapat pelbagai sebab seseorang menguap tanpa henti meskipun tidak mengantuk.

MENGUAP ketika sedang bekerja atau selepas makan adalah perkara biasa dan ia juga boleh menjadi petanda seseorang itu mengantuk dan memerlukan rehat.

Malah jika seseorang menguap, ia boleh menular kepada orang lain tanpa sedar. Bagaimanapun, tidak cukup tidur atau mengantuk bukan satu-satunya sebab seseorang menguap sebaliknya ia boleh disebabkan faktor lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak sedar sedang mengalaminya, ketahui apa itu coronasomia!

Ini termasuklah ia boleh menjadi petanda masalah kesihatan termasuklah;

1. Masalah hati

Ketika menguap beberapa kali namun tidak berasa mengantuk, ia berkemungkinan terjadi disebabkan seseorang mengalami masalah hati.

Jika keadaan itu berterusan tanpa sebab, sebaik-baiknya berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Menguap

Berjumpa dengan doktor adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah lebih buruk berlaku.

2. Multiple sclerosis

Seseorang yang menderita masalah Multiple Sclerosis atau MS juga berkemungkinan memiliki potensi besar untuk kerap menguap.

Perkara ini berlaku kerana seseorang tidak mempunyai kemampuan untuk mengawal suhu badan sehingga menyebabkan dia sering menguap.

3. Masalah otak

Kajian mendapati menguap berlebihan merupakan antara gejala yang muncul daripada pesakit yang mengalami keradangan otak termasuk angin ahmar ringan.

4. Epilepsi

Epilepsi adalah masalah kesihatan yang boleh menyebabkan otak mengirimkan signal abnormal sehingga membuatkan seseorang menguap secara berlebihan.

5. Kesan sampingan ubat-ubatan

Pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan masalah ini. Jenis ubat yang biasanya membuatkan seseorang mengantuk adalah yang mengandungi SSRI (selective serotonin reuptake inhibitors) atau antihistamines.

Sementara itu, menguap bukanlah satu-satunya gejala bagi menentukan penyakit yang disenaraikan sebaliknya terdapat pelbagai gejala lain yang perlu diambil kira.

Sekiranya menguap berlaku tanpa sebarang alasan termasuk mendapat tidur yang cukup, ia mungkin bermakna ada sesuatu tidak kena dan berjumpalah dengan doktor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain