suria

Ada sebab kenapa kita tak digalakkan tidur selepas sahur... jom ambil tahu!

Tidur selepas sahur boleh menggangu sistem penghadaman.

SAHUR adalah salah satu rutin penting setiap kali tibanya bulan Ramadan. Sahur bukan sahaja mempunyai keberkatan tetapi bagi membantu mendapatkan tenaga sepanjang tempoh berpuasa.

Selain pemakanan yang seimbang dan minum banyak air putih ketika bersahur, terdapat ramai daripada kita yang akan kembali tidur selepas bersahur dan solat Subuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa lepas berbuka puasa badan jadi lemah?

Sebenarnya tidur selepas bersahur tidak baik untuk sistem penghadaman manusia terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik atau GERD.

Ini kerana, tidur selepas makan boleh membuatkan isi perut kembali bergerak ke kerongkong dan ia terjadi kerana kedua-dua bahagian itu tidak dapat berfungsi dengan baik.

Apabila tubuh berada dalam keadaan berbaring, ia tidak dapat mencerna makanan dengan baik.



Tidur selepas bersahur boleh menyebabkan masalah gastrik.

Tubuh paling efektif bekerja mencerna dan menyerap semua nutrisi makanan ketika kita berada dalam posisi menegak.

Jadi berapa lama tempoh kita perlu tunggu sebelum kembali tidur? Sebaik-baiknya, tunggu selama dua ke tiga jam selepas makan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sepanjang tempoh itu akan memberikan sistem penghadaman bekerja dengan aktif dan memindahkan makanan di dalam perut ke usus kecil.

Selain gastrik dan GERD, makan selepas bersahur boleh mendatangkan gangguan tidur dan penambahan berat badan.

Bagi mereka yang mengalami GERD, ada beberapa jenis makanan yang disarankan untuk dimakan ketika sahur seperti pisang dan sayur-sayuran.

Mereka dengan masalah ini juga disarankan untuk mengambil lebih banyak makanan mengandungi triptofan tinggi yang merupakan zat diperlukan untuk meningkatkan metabolisme tubuh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain