suria

Awas! Jika ada 10 gejala ini, mungkin petanda awal anda menghidap kanser

Terdapat 10 tanda gejala dan tanda-tanda awal kanser yang perlu diketahui.

KANSER merupakan salah satu penyakit yang mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia. Penyakit ini mempunyai gejala dan simptom tersendiri, berbeza mengikut jenis serta tahap kanser yang dialami.

Kebanyakan kanser akan membentuk tumor iaitu sejenis ketulan yang terdiri daripada sel kanser. Sel ini juga boleh merebak ke bahagian badan yang lain dan menjangkiti organ lain (metastasis).

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya payudara tapi 5 kanser ini kerap 'serang' kaum hawa!

Kebanyakan kanser menyerang secara perlahan dan senyap. Namun, ada juga kanser yang menyerang secara agresif.

Penting untuk anda tahu simptom-simptom lazim yang dialami oleh pesakit kanser. Seperti apa yang ramai sudah sedia maklum, kanser boleh disembuhkan jika dikesan awal.

Berikut adalah 10 tanda-tanda seseorang itu mungkin menghidap kanser.

1. Hilang selera makan

Gejala awal kanser adalah hilang selera makan dan ia biasanya berlaku pada kanser usus dan kanser rahim berikutan sel kanser mula menekan bahagian perut sehingga menimbulkan rasa kenyang.

Selain itu, sel kanser juga mampu mengubah cara kerja metabolisme tubuh yang menyebabkan selera makan seseorang akan menurun.

2. Najis berdarah

Ketika membuang air besar, perhatikan najis yang keluar. Jika terdapat darah, ia boleh menjadi tanda-tanda awal kanser.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Warna merah pada najis menandakan terdapat kehadiran darah daripada saluran penghadaman. Apa juga alasannya, darah pada najis tidak boleh dipandang ringan dan perlu segera merujuk ke hospital.

3. Kencing berdarah

Selain najis, gejala awal kanser yang lainnya adalah kencing berdarah - yang juga petanda seseorang menghidap kanser buah pinggang atau berkaitan saluran kencing.

Bagaimanapun, jangkitan, masalah batu karang atau penyakit berkaitan buah pinggang juga boleh menyebabkan kencing berdarah.

4. Batuk berpanjangan

Ramai mengabaikan masalah batuk berpanjangan kerana merasakan ia perkara biasa tetapi batuk berpanjangan adalah tanda kanser.

Batuk berpanjangan berserta sakit dada, suara menjadi serak, cepat penat dan sesak nafas boleh menjadi seseorang menghidap kanser paru-paru.

5. Lesu

Gejala lain kanser adalah seseorang mengalami keletihan dan berasa lesu sepanjang masa dan ia tidak hilang meskipun sudah berehat dan mengurangkan aktiviti berat.

6. Demam berterusan

Biasanya demam yang disebabkan oleh jangkitan akan hilang selepas beberapa hari. Akan tetapi, demam berpanjangan adalah salah satu tanda awal kanser.

7. Benjolan pada leher

Benjolan pada leher boleh disebabkan oleh jangkitan namun gejala awal kanser juga boleh menyebabkan kehadiran benjolan itu.

Biasanya, benjolan itu adalah petanda seseorang mengalami kanser mulut, tekak, tiroid dan sebagainya.

8. Berpeluh waktu malam

Meskipun suhu dalam rumah sejuk, seseorang yang masih berpeluh mungkin disebabkan ia adalah petanda awal kanser.

9. Perubahan warna kulit

Warna kulit yang tiba-tiba berubah menjadi kekuningan, kehitaman atau kemerahan boleh menjadi gejala awal kanser. Selain itu, jika ada tahi lalat yang turut berubah warna dan bentuk, ia mungkin petanda kanser kulit.

10. Sukar menelan

Sukar menelan ketika makan seperti ada benjolan di dalam tekak adalah salah satu tanda kanser tekak. Segera berjumpa doktor sebelum terlambat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain