suria

Tidur atas lantai penyebab paru-paru berair... mitos atau fakta?

KATA orang-orang dulu, jangan tidur di atas lantai simen, nanti boleh sebabkan penyakit paru-paru berair.

Sebenarnya kata-kata itu disebut sebagai peringatan atau menakut-nakutkan golongan muda untuk tidak mengambil mudah tempat tidur mereka termasuk di lantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Perubahan tekstur, warna lidah mungkin petunjuk anda ada masalah kesihatan

Dari segi perubatan, dakwaan itu sebenarnya tidak berasas kerana paru-paru berair berlaku disebabkan oleh jangkitan pada paru-paru seperti tuberkulosis (TB).

Penyebab paru-paru berair

Paru-paru berair atau nama saintifiknya efusi pleura adalah keadaan di mana pengumpulan cecair di antara dua lapisan pleura. Pleura sendiri adalah membran yang memisahkan paru-paru dengan dinding bahagian dalam dada.

Cecair yang dihasilkan pleura juga sebenarnya berfungsi sebagai pelincir untuk membantu melancarkan pergerakan paru-paru ketika bernafas.

Bagaimanapun ketika cecair itu berlebihan dan berkumpul di dalam paru-paru, maka akan timbul gejala tertentu yang menandakan seorang pesakit mengalami paru-paru berair.



Tidur di atas lantai boleh sebabkan demam dan batuk.

Selain TB, paru-paru berair juga boleh berlaku kerana kesan daripada penyakit buah pinggang dan gangguan pada fungsi jantung.

Gejala paru-paru berair

Apabila cecair berkumpul di dalam paru-paru, biasanya pesakit tidak akan merasai sebarang gejala. Sebaliknya gejala akan memunculkan diri apabila efusi pleura sudah memasuki tahap parah atau berlakunya keradangan.

Berikut adalah beberapa gejala yang mungkin muncul ketika seseorang menderita penyakit paru-paru berair.

1. Sakit dada ketika menarik dan menghembus nafas

2. Batuk

3. Demam

4. Sesak nafas

Meskipun tidur di atas lantai tanpa sebarang lapik tidak merbahaya tetapi ia juga boleh menyebabkan penyakit ringan seperti batuk dan demam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain