suria

Awas! Perubahan tekstur, warna lidah mungkin petunjuk anda ada masalah kesihatan

Perubahan warna lidah anda mungkin disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan yang tidak disedari.

LIDAH bukan sahaja bahagian penting sebagai deria rasa manusia tetapi sebenarnya ia mampu menunjukkan keadaan kesihatan seseorang.

Ini boleh dilihat menerusi perubahan warna lidah yang berubah, menunjukkan petanda keadaan kesihatan seseorang. Atas sebab itu juga, doktor biasanya akan memeriksa lidah jika membuat pemeriksaan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya payudara tapi 5 kanser ini kerap 'serang' kaum hawa!

Apakah yang boleh diceritakan mengenai kesihatan berdasarkan warna lidah?

1. Merah terang

Lidah sebenarnya memiliki warna merah semula jadi dan sedikit perubahan pada warnya adalah normal.

Bagaimanapun warna merah terang biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi dan vitamin B12 yang diperlukan tubuh. Bagi mengelakkan masalah itu, makan lebih banyak sayuran hijau.

2. Putih dan bersisik

Lidah yang bertukar warna putih dan bersisik biasanya disebabkan jangkitan kulat iaitu candida di dalam tubuh. Kulat ini biasanya biasa ditemui dalam badan pesakit diabetes.

3. Cokelat

Lidah berwarna cokelat biasanya berlaku pada individu yang merokok dan mengambil minuman beralkohol. Lidah jenis ini biasanya datang dengan pakej bau busuk dan sukar merasai rasa makanan.

4. Lidah berkerut

Lidah berkerut biasanya berlaku apabila usia seseorang semakin meningkat. Selain berkerut, lidah juga akan mengalami rekahan namun ia tidak membahayakan.

5. Luka pada lidah

Luka pada lidah kebiasaannya tanda masalah kesihatan serius seperti kanser. Sekiranya perkara itu terjadi, sebaik-baiknya jangan ambil ringan dan lakukan ujian saringan.

6. Lidah terasa terbakar

Lidah rasa terbakar biasanya disebabkan oleh elergi. Namun dalam beberapa situasi, ia juga boleh berlaku ketika seorang wanita mengalami menopause.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain