suria

Basah kuyup terkena hujan... jangan risau, amalkan mandi air panas banyak manfaatnya

KETIKA ini boleh dikatakan hampir setiap petang akan hujan lebat dan bagi yang menunggang motosikal pasti akan kebasahan kerana bergegas pulang ke rumah untuk berbuka puasa.

Terkena hujan sering dikaitkan dengan sakit kepala atau demam dan ia membuatkan ramai tidak suka terkena air hujan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca panas tentu mudah terasa dahaga... ini 5 tip hindari dehidrasi ketika berpuasa

Bagaimanapun terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri sakit iaitu dengan mandi dan bilas badan menggunakan air suam.

Penggunaan air panas dapat memberi pelbagai manfaat selepas terkena hujan.



Penunggang motosikal lebih terdedah terkena air hujan.

1. Kurangkan risiko demam dan batuk

Berdiri di pancuran air panas dengan wap di sekeliling dapat membantu membuka saluran udara dan pernafasan selain membantu membuka pori-pori kulit sehingga mudah membersihkan kotoran dan titisan air hujan yang terperangkap.

Ia sekaligus memberikan kesegaran dan mengelakkan diri daripada demam dan batuk selesema.

2. Tenangkan otot

Berendam dalam air panas selepas terkena hujan dapat mengurangkan ketegangan tubuh dan otot. Ia sekaligus dapat memberikan ketenangan serta membuatkan seseorang mudah tertidur.

3. Mengurangkan tekanan

Sebuah kajian yang diterbitkan pada 2002 mendapati air panas boleh merangsang otak untuk membantu penghasilan hormon oksitosin yang membuatkan seseorang berasa tenang dan berfikiran positif.

4. Melancarkan peredaran darah

Mandi menggunakan pancuran air panas selama lima minit dapat melancarkan peredaran darah apatah lagi selepas badan terasa sejuk akibat terkena hujan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain