suria

Elak gastrik ganggu puasa sepanjang Ramadan... apa kata cuba 4 tip ini

Gastrik boleh menyerang sekiranya tidak makan dengan betul.

GASTRIK dan masalah sakit perut yang biasa berlaku ketika berpuasa. Ketidakselesaan itu boleh menyebabkan rasa sakit yang tidak menyenangkan sehingga menyebabkan seseorang sukar menjalani ibadah puasa.

Jadi bagaimana caranya untuk mengelak daripada masalah ini berlaku sekaligus membolehkan seseorang menjalani ibadah puasa dengan baik?

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai separuh hari dah lapar? Ketahui 7 makanan sahur buat anda kenyang lebih lama

Sebenarnya berpuasa dapat meningkatkan kesihatan tetapi jika ia tidak mengikut pola pemakanan yang betul, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan terutamanya berkaitan sistem penghadaman.

Masalah seperti GERD, rasa kembung, perut memulas dan sembelit boleh berlaku sekiranya kita makan terlalu banyak pada waktu sahur dan berbuka puasa.

Oleh sebab itu, individu dengan masalah berkaitan pengadaman perlu makan dalam jumlah sederhana dan menghindari makanan yang boleh memicu gangguan pencernaan.



Serangan gastrik boleh menyebabkan seseorang sukar berpuasa.

Ini termasuk mengambil makanan ringan terlebih dahulu ketika berbuka sebelum menikmati hidangan berat selain menghindari terus tidur selepas bersahur bagi mengelakkan gastrik.

Kita juga perlu minum air putih yang banyak ketika bersahur dan berbuka agar tubuh tidak mengalami dehidrasi.

Selain itu, terdapat beberapa makanan yang perlu dijauhi agar tidak memburukkan keadaan.

1. Makanan bergoreng

Makanan yang digoreng, berlemak dan mengandungi asid seperti limau dan tomato perlu dijauhi kerana ia boleh menyebabkan gastrik.

2. Makanan pedas

Makanan pedas termasuk makanan segera yang kebiasaannya disimpan dalam tempoh lama mempunyai kandungan kimia yang tinggi selain bahan pengawet yang memburukkan keadaan pesakit.

3. Kafien

Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, air berkarbonat boleh menyebabkan seseorang membuang air kencing dengan lebih banyak. Akibarnya, tubuh akan kehilangan mineral berharga yang diperlukan badan semasa berpuasa.

4. Merokok

Merokok boleh memicu gastrik jadi kedatangan Ramadan adalah jalan terbiak untuk berhenti merokok.

Artikel Lain