suria

Ibu bapa semakin peka pendidikan anak-anak... 'Know It All Box' bantu rangsang perkembangan kanak-kanak di usia awal

Know It All Box dihasilkan dalam usaha untuk menambah baik sistem pembelajaran awal kanak-kanak agar menjadi lebih baik.

DALAM dunia serba moden dan penuh persaingan hari ini, ibu bapa sangat mementingkan kualiti pendidikan anak-anak dalam memastikan mereka dapat berdaya saing agar tidak ketinggalan di sekolah.

Atas sebab itu juga, ramai ibu bapa mula sedar mengenai pentingnya pendedahan pendidikan awal terhadap anak mereka bagi merangsang minda mereka sejak di usia muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan dipaksa, apa kata amalkan 5 tip ini didik anak-anak berpuasa

Mengambil conton sistem pembelajaran negara maju yang berasaskan play and learn, Green Bag by Children Enrichment Centre (CIC) mengambil inisiatif melancarkan kit pembelajaran yang dikenali sebagai Know It All Box.

Produk itu dihasilkan dalam usaha untuk menambah baik sistem pembelajaran awal kanak-kanak agar menjadi lebih baik.

Menerusi produk itu, ia dapat membantu menyediakan peluang pembelajaran yang merangsang minda kanak-kanak dalam lingkungan umur antara tiga hingga tujuh tahun.



Qutren Nada Ahmad (tengah, barisan belakang) bersama guru dan kanak-kanak keas tadika CIC.

“Selain aktiviti berasaskan kepada eksperimen sains, lukisan dan kemahiran, ia juga memfokus kepada 3E iaitu experience, experiment dan exploration yang membantu kanak-kanak merasai sendiri pengalaman yang terkandung dalam kit tersebut.

“Lebih menarik, melakukan aktiviti tersebut bersama anak-anak di hujung minggu akan membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain membantu ibu bapa membimbing proses pembelajaran di rumah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CIC, Qutren Nada Ahmad.

Know It All Box adalah kit pembelajaran selama 12 bulan yang mengandungi pelbagai aktiviti dan mempunyai tema yang sangat menarik untuk kanak-kanak.

Antara temanya ialah Yes, I Can Do It, When I Grow Up, Down On The Farm dan CIC’s Pocket, My Mother/My Queen/My Teacher& My Happiness, Food & Nutrition serta A Box To The World.



Qutren Nada Ahmad berharap program itu dapat membantu kanak-kanak dalam pembelajaran.

Lebih menarik kata Qutren, aktiviti tersebut lebih memberi impak jika dilakukan bersama anak-anak pada hujung minggu kerana ia membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain menolong ibu bapa membimbing proses pembelajaran di rumah.

“Know It All Box sebaiknya dilanggan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM118 untuk sebulan dengan menerima empat aktiviti di dalam kotak berkenaan. Bagaimanapun, jika ibu bapa melanggan selama 12 bulan, kadar bayarannya hanya RM69 sahaja untuk setiap bulan.

“Kami menyediakan 1,000 kit pembelajaran ini untuk dilanggan oleh ibu bapa, guru tadika dan juga pengasuh kanak-kanak. Syarikat juga mempelawa orang ramai di luar sana untuk menjadi ejen menjadi perunding pendidikan untuk berkongsi ilmu melalui produk berkenaan selain menambah pendapatan”, katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, CIC telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Global Art untuk menjadi rakan kerjasama dalam bidang seni kreatif.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Artikel Lain