suria

Jangan dipaksa, apa kata amalkan 5 tip ini didik anak-anak berpuasa

Terdapat pelbagai tip yang boleh digunakan untuk melatih anak-anak berpuasa.

IBADAH puasa bukan perkara mudah bagi kanak-kanak namun menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik mereka tentang puasa sebelum masuknya bulan Ramadan.

Ada beberapa cara untuk mengajar mereka tentang puasa yang sesuai dengan usia mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Ramadan yang bakal temui kita tak lama lagi...

Ia penting bagi membolehkan anak-anak berada dalam keadaan bersedia dan tidak terkejut apabila tidak boleh makan dan minum sepanjang hari.

Paling utama, memberitahu mereka tentang sebab dan kepentingan berpuasa.

1. Konsep berpuasa

Ibu bapa boleh menjelaskan bahawa berpuasa itu bukan sahaja menahan nafsu makan dan minum tetapi juga bulan amalan seperti solat terawih, sahur dan berbuka puasa.

2. Beri motivasi

Motivasi dan sokongan moral sangat diperlukan kanak-kanak agar mereka yakin boleh berpuasa atau sekurang-kurangnya mencuba dan memahami konsepnya.

3. Jangan paksa

Sebaik-baiknya jangan paksa mereka untuk berpuasa penuh terutamanya yang masih kecil sebaliknya biar mereka mencuba ikut kemampuan.

4. Lakukan aktiviti seperti biasa

Ketika mengajar anak-anak berpuasa, ibu bapa perlu membiarkan anak-nak melakukan aktiviti yang biasa dilakukan termasuk bermain dengan rakan-rakannya.

Jangan melarang mereka hanya kerana bimbang mereka akan berasa lapar. Jika terlalu banyak larangan, mereka mungkin akan salah faham tentang konsep berpuasa.

Aktiviti itu juga boleh membuatkan mereka terlupa tentang rasa lapar dan tidak meminta untuk berbuka.

5. Sahur

Bangun awal pagi untuk bersahur mungkin agak sukar bagi anak-anak dan sebagai ibu bapa sentiasa ingatkan mereka tentangnya agar mereka terbiasa untuk bangun sahur.

Beri mereka pilih menu apa yang ingin dimakan agar mereka rasa bersemangat untuk bersahur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain