suria

Tidak seperti wanita, ada sebab mangsa gangguan seksual lelaki pilih berdiam diri

Lelaki juga boleh mengalami gangguan seksual terutamanya ditempat kerja.

GANGGUAN seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk kaum lelaki meskipun ia jarang dilaporkan disebabkan pelbagai faktor termasuk malu.

Stigma masyarakat membuatkan mangsa takut untuk melaporkan kejadian yang berlaku pada diri mereka meskipun gangguan seksual mampu meninggalkan kesan trauma.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa orang tua susah nak tidur, senang terjaga? Ini mungkin puncanya

Gangguan seksual boleh berlaku secara lisan, perbuatan, bahasa tubuh atau paksaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan. Kebiasaannya ia berlaku pada kaum wanita tetapi sebenarnya lelaki juga banyak menjadi mangsa.

Bagaimanapun lelaki jarang melaporkannya kerana takut dianggap lembik dan diejek kerana lelaki tidak sepatutnya menjadi mangsa gangguan seksual.

Laporan Equal Employment Opportunity Commission (EEOC) mengatakan lelaki kerap menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja.



Lelaki biasanya enggan melaporkan kepada pihak atasan kerana berasa malu.

Di Amerika Syarikat, 17.1 peratus daripada 6,822 kes melibatkan gangguan seksual pada 2015 dilaporkan oleh golongan lelaki.

Antara sebab mereka melaporkan kepada pihak berkuasa adalah ajakan melakukan hubungan seks oleh wanita dan lelaki selain dibuli dengan kata-kata lucah.

Tidak hanya gangguan daripada rakan sepejabat, banyak kes turut dilaporkan melibatkan pegawai atasan.

Angka itu sebenarnya menurut EEOC adalah rendah dan sebenarnya masih banyak kes yang tidak dilaporkan kerana ego dan rasa malu akan diperlekehkan oleh masyarakat.

Dalam satu kajian juga mendapati, lelaki enggan tampil kerana bimbang menjadi bahan jenaka masyarakat selain lelaki sepatutnya bijak menjaga diri dan ia adalah perkara remeh.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain