suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Telur retak, selamatkah dimakan?

Telur yang retak boleh mendatangkan bahaya sekiranya ia dimakan.

TELUR pecah atau retak ketika dalam perjalanan pulang selepas membelinya adalah perkara biasa. Persoalannya, adakah selamat untuk makan telur daripada cengkerang yang sudah retak?

Kajian yang diterbitkan dalam Asian-Australian Journal of Animal Sciences mendapati telur yang pecah atau retak akan menurunkan kualitinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main makan jer... Ketahui 5 makanan baik untuk usus besar anda

Food and Drug Administration (FDA) menjelaskan, telur pecah atau retak mudah tercemar dengan bakteria salmonella yang dapat menyebabkan keracunan makanan.

FDA bahkan memberitahu sebanyak 79,000 kes keracunan makanan dalam setahun dilaporkan di Amerika Syarikadisebabkan makan telur yang sudah retak.



Telur yang retak perlu dimasak segera atau disimpan dalam peti ais.

Gejala keracunan makanan yang muncul termasuklah muntah, cirit-birit, kekejangan perut dan demam. Gejala ini biasanya muncul selepas 12 ke 72 ham selepas makan dan ia boleh berlarutan sehingga tujuh hari.

Malah ia boleh mengancam nyawa terutamanya pada kanak-kanak dibawah usia lima tahun, ibu hamil serta mereka yang mempunyai kekebelan tubuh yang lemah.

Bagaimanapun, tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa cara boleh dilakukan jika mendapati telur yang dibeli retak.

Sebaik-baiknya, selepas pulang dari pasar raya, semak semua telur yang dibeli dan sekiranya terdapat telur yang retak, terus masukkan ke dalam peti ais selama dua hari dan ketika menggoreng, pastikan ia dimasak sepenuhnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain