suria

Jangan main makan jer... Ketahui 5 makanan baik untuk usus besar anda

Salmon kaya dengan omega 3 yang cukup baik untuk kesihatan usus.

PEMILIHAN makanan sangat penting kerana ia mempengaruhi kesihatan sistem pencernaan termasuk fungsi usus besar. Ini kerana sistem pencernaan termasuk usus kecil berfungsi menghadam dan menyerap nutrisi daripada makanan.

Usus besar juga memainkan peranan penting yang mana ia turut bertugas menarik kelembapan daripada makanan bagi menghidrasi tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Barah kolorektal popular dalam kalangan lelaki di Malaysia... Ketahui punca dan cara mencegahnya!

Oleh sebab itu, penjagaan usus besar sangat penting melalui pemilihan makanan yang tepat agar tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan termasuk barah usus.

Berikut adalah lima jenis makanan yang cukup baik untuk menjaga kesihatan usus besar.

1. Quinoa

Semangkuk quinoa mempunyai serat yang tinggi dan mampu membersihkan usus besar. Kajian dilakukan Universiti Harvard mendapati, tiga bahagian quinoa dapat menurunkan risiko kanser usus sebanyak 17 peratus.

2. Kacang dan lentil

Kekacang dan lentil mengandungi serat yang cukup tinggi, serta fitokimia yang melindungi usus daripada kanser dan menurunkan risiko sebanyak 35 peratus.

3. Chia seeds

Dua senduk chia seeds mengandungi 10 gram serat (40 peratus daripada keperluan harian) dan mampu menjaga kesihatan usus besar anda serta mampu mengeluarkan bahan kimia beracun serta zat lain seperti kolestrol dalam badan manusia melalui pembuangan air besar.

4. Ikan berlemak

Individu yang menghidap kanser usus juga perlu meningkatkan pengambilan omega 3 daripada ikan berlemak seperti salmon, sardin dan trout. Ia mampu menurunkan risiko kematian berbanding pesakit yang tidak gemar makan ikan.

Penemuan juga mendapati lemak omega 3 dapat menghentikan pertumbuhan sel kanser malah mampu mematikan sel kanser pada usus besar.

5. Yogurt

Yogurt kaya dengan probiotik untuk kesihatan usus. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cancer, pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 38 peratus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain