suria

Selalu sakit kepala belah kanan? Gangguan saraf, kesan sampingan ubat mungkin puncanya

Ramai yang mengalami sakit kepala di bahagian kanan, apa puncanya?

ADA sesetengah orang apabila mereka mengalami sakit kepala ia hanya berlaku pada bahagian kanan sahaja. Selain berasa sakit, ia turut disertakan dengan gejala seperti mual, sensitif pada cahaya dan suara serta mata berasa sakit.

Berikut adalah beberapa penyebab sakit kepala di sebelah kanan dan cara mengatasinya;

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap sakit kepala selepas bangun tidur? Mungkin dah tiba masa untuk anda kurangkan kafein, ubat tertentu

1. Faktor gaya hidup

Antara faktor yang boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kanan adalah gaya hidup. Tekanan, terlalu banyak berfikir, letih dan tabiat pemakanan antara penyumbang kepada keadaan itu.

Selain itu, salah posisi tidur dan duduk juga boleh menyebabkan gangguan otot leher dan memicu rasa sakit.

2. Jangkitan dan elergi

Sakit kepala sebelah kanan juga boleh disebabkan jangkitan sinus dan elergi yang menyerang saluran pernafasan. Jangkitan dan elergi ini dapat menyebabkan keradangan.

Akibatnya, muncul tekanan dan sakit di belakang tulang pipi dan dahi seterusnya menyebabkan rasa sakit kepala di sebelah kanan.



Menekap ais atau air panas dapat melegakan sakit kepala.

3. Gangguan saraf

Penyebab lain adalah gangguan saraf dan salah satunya adalah keradangan saraf yang mengalir dari bahagian atas sumsum tulang belakang ke kulit kepala. Gejalanya seperti sakit kepala sampai ke leher, mata dan sensitif pada cahaya.

Keradangan pembuluh darah arteri di kepala dan leher atau arteritis temporal juga dapat memicu rasa sakit kepala sebelah kanan. Gangguan saraf ini biasanya sekejap tetapi sangat menyakitkan.

4. Kesan sampingan ubat

Kesan sampingan ubat tertentu boleh juga menjadi penyebab kepada sakit kepala seperti ubat tahan sakit dan ubat tidur terutamanya jika diambil dalam tempoh jangka panjang.

Bagaimanapun kebanyakan penyebab sakit kepala sebelah kanan ini tidak perlu dibimbangkan kerana kebiasaannya ia akan sembuh dengan sendiri dengan pengambilan ubat yang sesuai seperti paracetamol.

Selain itu, menekap bahagian yang sakit dengan ais dan tidur dapat melegakannya. Namun sekiranya ia berlanjutan, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor kerana ada kemungkinan ia sebabkan oleh perkara lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain