suria

Kerap sakit kepala selepas bangun tidur? Mungkin dah tiba masa untuk anda kurangkan kafein, ubat tertentu

Terdapat beberapa sebab ramaii antara kita yang mengalami sakit kepala selepas bangun tidur.

GEJALA sakit kepala ini sering kali dianggap biasa oleh semua orang. Tetapi tahukah anda sakit kepala adalah satu penyakit yang serius jika serangan itu kerap kali terjadi.

Bagi mereka yang sudah terbiasa mengalami kesakitan ini di pagi hari terutamanya ketika bangun tidur, mereka perlu sedar bahawa itu adalah kesan daripada hari sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan anggap vertigo hanya sakit kepala... wanita, pesakit diabetes antara berisiko alaminya.

Justeru, pengambilan ubat sakit kepala setiap kali diserang gejala ini bukanlah sesuatu yang tepat. Malah, seseorang itu perlu mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kesakitan ini terhadap dirinya.

Ini merupakan kebarangkalian penyebab seseorang itu mengalami sakit kepala dengan kerap;

Insomnia

Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan seseorang itu susah untuk tidur, seterusnya tidak cukup tidur walaupun terdapat waktu untuk melakukannya.

Akibat penderitaan ini, seseorang itu akan bangun tidur di pagi hari dengan rasa sakit kepala.

Mengalami kemurungan atau kebimbangan melampau (anxiety)

Kemurungan pula merupakan faktor risiko insomnia, dan jika seseorang itu berdepan dengan kebimbangan melampau. Individu seperti ini akan lebih sukar untuk tenang dan meredakan diri.

Oleh itu, rasa sakit kepala akan dapat dirasai jika seseorang itu banyak berfikir dan berada dalam keadaan yang serabut.

Ini selalunya terjadi di pagi hari selepas bangun dari tidur kerana individu seperti ini akan banyak memikirkan hal dunia.

Minuman berkafein

Teh atau minuman yang penuh dengan kafein sememangnya tidak bagus untuk kesihatan.

Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa ia dapat meningkatkan tekanan darah seseorang.

Peningkatan tekanan darah ini akan menjadi punca seseorang itu mengalami gejala sakit kepala. Antara kaitan sakit kepala ketika bangun adalah disebabkan pengambilan kafein dan akan membuatkan seseorang itu sukar untuk tidur atau sakit perut.

Ubat-ubatan

Ini selalu terjadi apabila seseorang itu terbiasa dengan pengambilan ubat ketika sakit kepala.

Untuk pengetahuan anda, ubat tidak akan membantu anda untuk melegakan sepenuhnya malah akan membuatkan anda rasa sakit kepala selepas hilang kesan daripada ubat tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain