suria

Henti minum air panas terus guna cawan kertas kalau sayangkan organ anda, mampu tingkat risiko kanser!

Kopi atau teh serta minuman panas lain yang diminum terus daripada cawan kertas dengan lapisan filem plastik dapat membuatkan tubuh terdedah kepada partikel mikroplastik berbahaya.

KAJIAN membuktikan kopi mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan namun jika diminum secara berlebihan ia juga dapat memberi kesan negatif pada tubuh manusia.

Selain itu, cara kita minum kopi juga sebenarnya mampu mempengaruhi kesan minuman itu pada kesihatan manusia seperti dalam kajian dikeluarkan The Journal of Hazardous Materials.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas perokok! Anda terdedah penyakit COPD, punca kematian ke-3 terbanyak di dunia menjelang 2030

Kajian itu menjelaskan kopi atau teh serta minuman panas lain yang diminum terus daripada cawan kertas dengan lapisan filem plastik dapat membuatkan tubuh terdedah kepada partikel mikroplastik berbahaya.

Partikel tersebut berpotensi menimbulkan kesan berbahaya bagi kesihatan tubuh manusia.



Nampak selamat tetapi sebenarnya meletakkan air panas ke dalam cawan kertas boleh mendatangkan bahaya.

"Rata-rata orang yang minum tiga cawan teh atau kopi setiap hari dalam cawan kertas akan menelan 75,000 partikel mikroplastik kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

"Dalam masa 15 minit kopi atau teh dibiarkan sebelum diminum, lapisan mikroplastik pada cawan kertas akan terurai," kata penulis utama kajian itu, Dr Sudha Goel.

Partikel mikroplastik didefinisikan sebagai potongan kecil plastik atau serat sintetik berukuran 5mm atau kurang. Partikel ini terdapat pada produk harian kita seperti pakaian dan produk kecantikan.

Laporan kajian itu menjelaskan mikroplastik bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada manusia tetapi kehidupan laut apabila ada yang membuang barangan plastik dan kertas ke dalam laut.

Kesan partikel mikroplastik ini ia boleh meningkatkan risiko kanser, masalah organ dan membantutkan perkembangan kanak-kanak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain