suria

Tak munasabah! Doktor perjelas kaedah rawatan buang kolestrol melalui salur darah - “Jaga-jaga boleh mati mengejut”

Gumpulan darah dan tompokan kuning yang keluar daripada badan pesakit menggunakan rawatan alternatif.

MELIHAT gumpulan darah berserta tompokan kuning didakwa kolestrol yang dikeluarkan daripada badan pesakit kononnya menggunakan kaedah perubatan Islam memang cukup mengerikan.

Bagaimanapun ramai terpedaya dengan rawatan itu hanya semata-mata ia didakwa menggunakan kaedah al-fashdu iaitu teknik mengeluarkan darah dari pembuluh darah vena yang dapat memulihkan masalah kolestrol sehingga sanggup merisikokan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Beras perang memang bagus untuk pesakit diabetes tetapi awas boleh jadi bahaya jika...

Menjelaskan mengenai gambar gumpalan darah serta tompokan kuning yang dikatakan plak kolestrol yang dibuang daripada kaki, Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menganggap ia tidak munasabah.



Dr. Arisman meminta masyarakat berhati-hati dengan rawatan alternatif yang boleh mengundang bahaya.

Dr. Arisman turut mempersoalkan mengenai kaedah darah itu ditarik keluar yakni sama ada melalui arteri atau pun vena.

Ini kerana katanya, jika darah dkeluarkan daripada vena maka pengamal perubatan itu terang-terangan telah menipu pesakit.

"Jangan terpedaya... Tompokan kuning yang didakwa kolestrol itu mungkin plasma darah atau pun bahan kimia yang diletakkan terlebih dahulu dalam beg plastik bagi membolehkan ia bertindak balas," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Bercakap lanjut mengenai hal tersebut, Dr. Arisman memberitahu bagi membezakan darah yang keluar daripada arteri ia berwarna merah terang.

"Warna yang keluar daripada tiub mestilah warna merah terang dan bukannya gelap kerana arteri membawa oksigen maka ia lebih terang manakala vena membawa karbon monoksida dan warnanya lebih gelap.

Warna darah di dalam beg plastik gelap kerana apabila dibiarkan darah akan mendap dan berubah warna.

DR. ARISMAN

DOKTOR PERUBATAN

"Warna darah di dalam beg plastik gelap kerana apabila dibiarkan darah akan mendap dan berubah warna," ujarnya.

Tambahnya, dia mengatakan gumpalan dan tompokan kuning bersaiz besar yang dikatakan kolestrol itu tidak munasabah kerana diameter lumen atau salur darah manusia bersaiz kecil.

"Diameter purata arteri adalah 0.4 mm dan paling besar iaitu salur darah aorta (yang keluar daripada jantung) adalah 20 ke 25mm," katanya.

Dr. Arisman menjelaskan manusia mempunyai lima jenis pembuluh darah utama yang membentuk satu sistem peredaran darah badan manakala kolestrol, ia hanya tertumpu kepada salur darah arteri iaitu saluran darah yang membawa oksigen, memberi nutrisi dan sebagainya kepada tisu organ manusia.

Mengulas mengenai dakwaan tekanan darah pesakit kembali normal selepas melakukan rawatan itu, Dr. Arisman menjelaskan tekanan darah manusia ditentukan oleh dua keadaan.



Dr. Arisman menjelaskan ada sebab mengapa tekanan darah menurun selepas melakukan rawatan tersebut.

1. Cardiac Output - Jumlah darah yang keluar daripada jantung setiap sekali ia dipam.

2. Peripheral Vascular Resistance - Rentangan pada saluran darah bahagian hujung anggota manusia seperti tangan dan kaki.

Jelasnya, jika darah ditarik keluar daripada badan, volume darah dan cardiac output akan berkurang selain salur darah akan runtuh.

Tekanan di bahagian peripheral pula akan menurun yang akhirnya tekanan darah manusia juga akan ikut turun.

"Apabila darah ditarik keluar sehingga 1.5 liter dan ke atas atau kehilangan 30 ke 40 peratus daripada jumlah darah dalam badan, sudah pasti tekanan darah akan turun secara drastik.

"Jaga-jaga, anda mungkin akan dapat kejutan atau mati mengejut jika dibiarkan kehilangan darah yang berterusan dalam satu tempoh masa akibat 'hypovolemic shock'," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain