Suka tidur tanpa buka kanta lekap? Awas ia boleh sebabkan mata buta!

Kanta lekap memang membantu pengelihatan bagi yang tidak gemar memakai cermin mata tetapi pemakaiannya perlu betul.

PASTI ada di antara kita yang pernah tertidur tanpa terlebih dahulu membuka kanta lekap yang dipakai sepanjang hari.

Sudah tiba masanya tabiat itu diubah kerana ada bahaya yang menanti jika dilakukan terlalu kerap.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak munasabah! Doktor perjelas kaedah rawatan buang kolestrol melalui salur darah - “Jaga-jaga boleh mati mengejut”

"Sudah terlalu banyak kes jangkitan kornea yang pernah saya rawat berhubung kebiasaan tidur memakai kanta lekap," kata Pakar Mata, Dr. Inna Ozerov.

Jelas Dr. Inna, tidur tidak membuka kanta lekap boleh menyebabkan risiko pada mata selain gangguan kesihatan lain untuk jangka panjang.

Memakai kanta lekap terlalu lama boleh menyebabkan mata menjadi merah.

Ini termasuklah pertumbuhan bisul pada kornea mata dan berpotensi merosakkan penglihatan memandangkan jenis organisme yang menyerang kornea mampu berkembang dalam situasi gelap, lembap dan tekanan oksigen rendah.

Pemakaian kanta lekap ketika tidur dapat memudahkan kerja mikro-organisme melakat pada lensa sehingga meningkatkan kemungkinan jangkitan.

Tanpa rawatan yang tepat dan teratur, jangkitan itu dapat menyebabkan jaringan parut kekal dan merosakkan penglihatan secara total.

National Sleep Foundation juga mengingatkan kekurangan oksigen yang mencapai kornea untuk tempoh 24 jam meningkatkan risiko rasa pedih pada mata.

Tidur dengan kanta lekap juga boleh membuatkan mata menjadi merah, menyebabkan pertumbuhan kutil pada kelopak mata dan jangkitan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain