Ketahui bagaimana kaedah Terapi Hiperbarik Oksigen merawat mangsa karbon monoksida

Hyperbaric Oxygen Therapy digunakan sebagai cara menyelamatkan nyawa akibat keracunan gas.

MANGSA terakhir yang ditemui tidak sedarkan diri akibat keracunan karbon monoksida dalam satu kejadian di Butterworth, Pulau Pinang malam Rabu lalu kini diberikan rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Ketika ini, keadaan Nor Aqilah Safwan, 21, masih dipantau dan diberi rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berdasarkan keadaan mangsa yang belum menunjukkan perkembangan positif.

Rawatan HBOT yang dilakukan terhadap Nor Aqilah bukanlah sejenis rawatan baharu sebaliknya ia telah lama digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida diberi rawatan HBOT, masih dipantau di ICU

Di Malaysia, hanya ada dua ruang hiperbarik yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia(ATM).



Tiga sahabat terkorban akibat keracunan karbon monoksida manakala seorang lagi kini kritikal.

Ia digunakan untuk merawat pesakit dengan keracunan karbon monoksida selain pelbagai penyakit lain seperti perenang dalam laut, pesakit diabetes, penyakit nyah tekanan (DCS) yang juga dikenali sebagai dekompresi (decompression sickness). Penyakit ini merupakan sejenis gangguan fisiologi yang disebabkan oleh penurunan tekanan atmosfera yang terlalu cepat dan banyak berlaku kepada penyelam.

Penyakit lain, tekanan trauma akibat pengembangan dan pengecutan ruang udara dalam badan, Dysbaric Osteonecrosis atau penyakit yang mengakibatkan kerosakan sendi, patah tulang, tulang reput dan mati, lemas dan serangan hidupan laut dan luka kebakaran yang teruk.

Terapi oksigen hiperbarik (HBOT pada 100% O2) dengan tekanan tinggi 1.5-3 atm adalah satu-satunya rawatan perubatan bukan hormonal yang telah diluluskan oleh FDA untuk membaikinya secara biologi dan untuk memperbaharui semula tisu manusia.

Terapi oksigen hiperbarik melibatkan pernafasan oksigen tulen di dalam ruang bertekanan atmosfera.



Hiperbarik Oksigen mempercepatkan proses pengeluaran karbon dioksida dalam badan.

Ia adalah rawatan yang mantap dan cara yang tidak invasif untuk menyampaikan kepekatan oksigen yang tinggi ke dalam badan.

Secara umumnya, badan kita memerlukan lima jam untuk mengeluarkan separuh daripda keseluruhan karbon monoksida dan lima jam lagi untuk mengeluarkan separuh daripada baki (suku) dan seterusnya.

Jadi ia mengambil masa sehari atau lebih untuk 100 peratuws karbon monoksida keluar daripada badan manusia.

Bagaimanapun dengan HBOT, ia dapat dikurangkan kepada separuh iaitu hanya dalam masa 20 minit sahaja.



Pesakit akan diletakkan di dalam ruang khas.

Dalam ruang terapi oksigen hiperbarik ini, tekanan udara meningkat dua kali lebih tinggi daripada biasa. Di bawah keadaan ini, paru-paru boleh mengumpul lebih banyak oksigen daripada kebiasaannya, membolehkan pesakit bernafas oksigen tulen.

Darah akan membawa oksigen tambahan ke seluruh badan. Ini membantu memerangi bakteria dan merangsang faktor pertumbuhan dan sel stem, menggalakkan penyembuhan.

Terdahulu tiga wanita maut dikenali sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, dan Nor Adilah Mohd Safwan, manakala yang sedang dirawat adalah Nor Aqilah, yang merupakan kembar kepada Nor Adilah.

Keempat-empat rakan baik berumur 21 tahun itu telah pergi ke Pulau Jerejak, sempena cuti umum Hari Malaysia pada Rabu, dan difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah, apabila mengambil keputusan untuk berhenti rehat di kawasan parkir berkenaan, sebelum ditemui tidak sedarkan diri.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain