suria

Jangan anggap topeng muka merimaskan... kajian dedah virus Covid-19 boleh tersebar melalui pernafasan, percakapan!

Saintis menyarankan topeng muka perlu sentiasa dipakai bagi mengelak jangkitan Covod-19.

SEKUMPULAN saintis di China mendedahkan hasil kajian mendapati berlaku penyebaran virus Covid-19 menerusi pernafasan atau percakapan.

Mereka mengesan pesakit Covid-19 menyebarkan jutaan zarah virus setiap jam, walaupun sekadar mempunyai gejala ringan atau tidak bergejala.

Sehubungan itu, tegas mereka adalah penting pemakaian topeng muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Imbasan MRI otak bukti hilang deria bau antara gejala utama jangkitan Covid-19

Sesetengah negara yang turut menghadapi krisis kesihatan ini seperti Jerman, Republik Czech dan Austria mewajibkan pemakaian topeng muka sepanjang masa.

Sebaliknya di Britain menyarankan rakyatnya memakai topeng muka ketika berada di tempat awam yang sesak atau menaiki kenderaan awam.

Kumpulan pakar memberitahu MailOnline kini jelas bahawa pemakaian topeng wajib bagi menjauhi kesan terbesar dalam mencegah penyebaran koronavirus di United Kingdom.



Kajian mendapati virus boleh tersebar menerusi pernafasan dan juga percakapan.

Seperti kebanyakan penyakit berkaitan pernafasan lain, ia mudah tersebar melalui titisan kelembapan kecil yang membawa zarah virus.

Sebelum ini didedahkan jangkitan boleh berlaku melalui penyebaran daripada batuk dan bersin.

Tetapi penemuan terbaharu ini menunjukkan bahawa koronavirus tersebar dengan mudah melalui pernafasan dan ianya mungkin menjelaskan mengapa wabak ini tersebar dengan cepat di seluruh dunia.

Seramai 35 pesakit Covid-19 dipilih menjalani kajian ini dengan hampir 300 sampel virus dikumpulkan dari pernafasan mereka, di permukaan dan di udara di sekitar hospital.

Kajian mendapati, rata-rata, terdapat tiga kali jumlah virus dalam nafas pesakit (16.7 peratus) dibandingkan dengan permukaan (5.4 peratus).

Beban virus pada nafas pesakit juga empat kali lebih tinggi daripada sampel udara (3.8 peratus) di bilik dan koridor hospital mereka.

Mengulas mengenai penemuan itu, Ian Jones, seorang ahli virologi di University of Reading di England, mengatakan kajian itu 'sangat sahih'. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, Koronavirus, Nafas, Cakap, Sebar

Artikel Lain