suria

Berubahlah jika malas bersenam kerana ia lebih bahaya daripada merokok!

Malas bersenam boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

BERSENAM memang cukup banyak manfaat kepada kesihatan kita tetapi masih ramai daripada kita tetap mengamalkan kehidupan tidak sihat.

Jarang bersenam dan amalan gaya hidup tidak sihat sebenarnya lebih berbahaya daripada merokok, penyakit diabetes dan jantung.

Kajian turut menunjukkan kesan tidak bersenam secara kerap sangat mengejutkan dan boleh menyebabkan kematian mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca sejuk tapi tidur berpeluh... Ini 4 sebabnya

Satu kajian dilakukan melibatkan 122,007 orang yang mengambil ujian larian di Cleveland, Amerika Syarikat di antara 1 Januari 1991 hingga 31 Disember 2014 bagi mengukur penyebab kematian berkaitan dengan sikap kurang bersenam.

Daripada jumlah itu, 12 peratus daripadanya kurang bersenam dan berisiko terdedah kepada penyakit berkaitan buah pinggang sebanyak dua kali ganda selain diabetes dan jantung.



Malas bersenam lebih bahaya daripada merokok.

Sepanjang tempoh kajian itu juga, penyelidik tidak mendapati individu yang kuat bersenam berhadapan dengan risiko mati mengejut seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Sebaliknya, hasil kajian itu mendapati individu yang melakukan senaman dengan frekuensi tinggi masih memiliki tahap kematian rendah.

Atas dasar itu juga, pengkaji dari Cleveland menyarankan agar kita mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam secara kerap kerana ia mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Bersenam juga tiada batasan usia mahupun jantina tetapi sekiranya malas bersenam penyakit yang menanti kita juga tiada batasan.

"Jika malas bersenam masih belum terlambat untuk mengubahnya," kata pakar Kardiologi, Satjit Bhusri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Bersenam, Rokok, Jantung, Kajian

Artikel Lain