suria

Jangan dibiarkan, ketahui simptom kanak-kanak elergi susu lembu

Ada cara mudah untuk mengenali gejala elergi susu lembu pada anak anda.

KEBIASAANNYA masalah elergi terhadap makanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan ia boleh dikesan sejak kecil.

Antara makanan yang boleh menyebabkan elergi seperti telur, kekacang, gandum, makanan laut dan susu lembu.

Elergi terhadap susu lembu mungkin kedengaran aneh tetapi ini adalah salah satu penyebab paling umum yang dialami oleh kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca sejuk tapi tidur berpeluh... Ini 4 sebabnya

Protein dalam susu lembu sebenarnya boleh menjadi benda asing dalam badan sesetengah kanak-kanak sehingga ia mampu menghasilkan bahan kimia tertentu sebagai respon penolakan di dalam tubuh.



Susu lembu boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Bayi yang diberi susu secara eksklusif daripada ibu juga boleh mendapat elergi sekiranya si ibu mengambil pemakanan yang berasakan susu lembu.

Elergi terhadap susu lembu pada kanak-kanak bagaimanapun boleh beransur hilang sejajar dengan peningkatan usianya.

Bagaimana hendak mengenali gejala elergi susu lembu pada anak-anak anda?

Gejala yang biasa termasuklah gatal-gatal dan ruam pada kulit, hidung tersumbat dan batuk. Bagi sesetengah kes ia boleh menyebabkan muntah-muntah, cirit birit dan najis berdarah.

Biasanya, gejala itu boleh muncul pada kali pertama si anak minum susu lembu dan ada pula menunjukkan simptom selepas beberapa minggu.

Sekiranya simptom-simptom itu berulang, sebaik-baiknya segera bertemu dengan doktor dan jangan mengambil risiko keselamatan anak anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Susu Lembu, Elergi, Bayi, Kanak-Kanak

Artikel Lain