Ada sebab kenapa tak elok makan juadah yang dipanaskan berulang kali!

Tabiat memanaskan makanan berulang kali adalah tidak baik.

MUSIM perayaan pasti ramai daripada kita yang memasak pelbagai makanan dalam kuantiti banyak agar boleh dimakan berulang kali.

Biasanya lebihan makanan kita akan simpan dan ia akan dipanaskan berulang kali apabila ingin menikmatinya. Jika masih elok buat apa hendak dibuang, bukan?

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat kawal nafsu, hilang selera makan selepas Ramadan? Cuba 5 tip ini perbetul tabiat pemakanan anda

Tapi tahukah anda, tindakan memanaskan makanan berulang kali boleh mendatangkan beberapa kesan buruk.

Sebelum memanaskan makanan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah;

1. Kesegaran makanan

Terdapat beberapa jenis makanan yang tidak elok dimakan atau dipanaskan berulang kali terutamanya yang menggunakan santan.

Makanan kering seperti serunding adalah lebih selamat untuk disimpan lebih lama.



Makanan bersantan tidak elok dimakan berulang kali.

2. Aroma

Untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu masih elok atau pun sebaliknya adalah menerusi aromanya. Jika ia berbau basi dan teksturnya lembik ia petanda makanan sudah rosak.

3. Zat hilang

Makanan seperti sayur-sayuran yang dihangkatkan akan menghilangkan zatnya terutamanya vitamin B dan C. Sebaik-baiknya, ia dimakan selepas di masak dan jangan disimpan.

Ia mungkin tidak membahayakan kesihatan jika memakan sajian yang telah disimpan selama beberapa hari tetapi itu tidak bererti anda selamat daripada masalah seperti ciri-birit atau keracunan makanan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
santan, raya, aroma,

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain