Tak dapat kawal nafsu, hilang selera makan selepas Ramadan? Cuba 5 tip ini perbetul tabiat pemakanan anda

Selepas sebulan berpuasa pola pemakanan kita akan berubah.

SEBULAN berpuasa pola pemakanan kita juga berubah dalam tempoh itu apabila kita hanya makan sebelum waktu subuh dan malam.

Apabila sudah terbiasa dengan keadaan itu, kita mungkin akan menghadapi masalah atau kurang selera untuk makan pada waktu siang seperti mana kebiasaannya.

Atau ada sesetengah daripada kita akan bertukar menjadi pelahap, tambahan pula ketika ini kita sedang merayakan Aidilfitri dan tentulah nafsu makan membuak-buak apabila melihat pelbagai sajian menyelerakan.

ARTIKEL BERKAITAN :Antioksidan 6,000 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dicampur minyak kelapa dara, madu kelulut... bayangkan impak pada tubuh badan anda!

Meskipun ia keadaan bersifat sementara, bagi kembali menyesuaikan diri ada beberapa tip yang boleh dilakukan untuk membolehkan pola pemakanan anda kembali normal.

1. Ubah pemakanan

Sebaik-baiknya jangan makan terlalu banyak serta mengambil juadah tidak sihat selepas Ramadan. Sebaliknya, mulakan kebiasaan menikmati makanan sihat.

Bukan tak boleh makan lemang, rendang dan ketupat tetapi biarlah berpada-pada agar perut anda tidak terkejut.

2. Prep makanan

Ini disarankan sekurang-kurangnya dua minggu selepas Ramadan. Siapkan bahagian makanan untuk tiga kali sehari yang menggabungkan protein seperti ayam, kekacang, pasta atau beras merah yang mengenyangkan.

Ia bukan sahaja boleh membantu mengembalikan bentuk pola makan anda tetapi ia juga menyihatkan.

3. Jauhi 'jajan'

Sebulan berpuasa pasti ramai daripada kita berjaya mengurangkan berat badan dan tidak menyentuh jajan seperti keropok dan cokelat.

Teruskan untuk tidak mengambil makanan-makanan itu dan jika teringin sesuatu yang manis, lebih baik makan buah.

4. Bersenam

Cukup dua hari menikmati pelbagai hidangan raya, kini tingkatkan pula stamina anda dengan bersenam agar badan anda kekal sihat seperti mana pada bulan Ramadan.

Buat permulaan, jangan lakukan aktiviti senaman berat, cukup sekadar berjalan kaki, jogging atau melakukan senaman ringan lain untuk membiasakan diri.

5. Kenali rasa lapar

Faktor ini sangat penting untuk kembali kepada pola makan dan tidur yang teratur. Kelaparan mungkin datang pada waktu pagi dan untuk mengatasinya makan sedikit lewat sehingga anda mampu kembali makan pada waktu sarapan normal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain