suria

Cahaya pelita 'Raya KL Je' undang kesyahduan perantau beraya di ibu kota

Perkataan 'Raya KL Je' menggamit kesyanduan berhari raya di ibu kota. Foto: Benarnews

PENULARAN pandemik Covid-19 ini benar-benar memberi kesan kepada seluruh masyarakat negara.

Lebih sayu, penularan wabak ini menjadikan punca seluruh warga kota tidak boleh balik beraya ke kampung halaman.

Memang sedih, tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan oleh semua orang yang berada di perantauan.

ARTIKEL BERKAITAN: Usah bersedih menjelang Syawal, 10 lagu raya ini boleh naikkan 'mood' Aidilfitri anda

Namun, inisiatif kreatif yang diambil oleh penghuni kuaters pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sungai Besi, pinggir kota Kuala Lumpur sekurang-kurang suasana berhari raya ini dapat dinikmati.



Pelita dipasang sejak 13 Mei lalu. Foto: BenarNews

Aktiviti memasang pelita yang dilakukan selepas solat tarawih di rumah masing-masing memberi sedikit sebanyak 'aura' menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Lebih membanggakan, kerjasama penghuni kuaters telah menyumbangkan duit poket sendiri sebanyak RM15-RM20 sehari dalam memastikan cahaya ini menerangi sesetengah tempat di ibu kota ini.

Bukan sekadar pelita yang member kesyahduan hari raya, sebalik yang menjadi tarikan apabila perkataan 'Raya KL Je' dibentuk kemas dan cantik.



Aktiviti pasang pelita oleh penduduk-penduduk Pangsapuri Harmoni. Foto: Benarnews

Pengerusi Pangsapuri Harmoni kuarters Jabatan Kerja Raya, Abdul Wahab Ismail, 56 memberitahu aktiviti memasang pelita itu dimulakan sejak 13 Mei lalu atau pada malam 20 Ramadan dan pelita berkenaan dinyalakan setiap malam sehingga selepas Aidilfitri.

"Tujuan kami melakukan aktiviti memasang lampu pelita membentuk ayat 'RAYA KL JE' untuk memeriahkan suasana menyambut Syawal, serta peringatan kepada semua untuk terus mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan yang tidak membenarkan pulang ke kampung dengan merentas negeri dan tujuannya hanya satu iaitu mengekang pandemik Covid-19 daripada terus merebak.



Aktiviti memasang pelita dilakukan selepas solat terawih.

"Selain itu aktiviti ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama penduduk dengan turut mengambil berat terhadap semua penghuni kuarters dan juga mengurangkan kerinduan pada kampung halaman, ” kata Abdul Wahab kepada benarnews.org.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Raya KL Je, Pelita, Inisiatif, Kuaters, JKR

Artikel Lain