Awas! Kawal tabiat makan Syawal ini, jangan ikut 'nafsu'!

Berpada-pada mengambil makanan sepanjang Hari Raya.

SUDAH semestinya juadah hari lebaran paling ditunggu-tunggu selepas sebulan menahan lapar dan dahaga di siang hari.

Keseronokan menyambut Aidilfitri boleh dilihat dalam pelbagai cara atau tradisi sambutan yang berbeza-beza dalam sesebuah keluarga.

Namun yang pasti persamaan ketika menyambut Aidilfitri ini bagi seluruh keluarga adalah juadah istimewa di pagi Syawal ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari raya kali ini berbeza namun amalannya tetap sama... Ikuti panduan solat sunat Aidilfitri di rumah

Tetapi, awas ya jangan makan terlalu ikut 'nafsu' kerana akibatnya kelak akan ditanggung diri sendiri. Berpada-pada mengambil makanan sepanjang hari raya nanti.

Menurut Pakar Diet Pemakanan, Nur Arafah Abdul Aahab, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian tidak kira semasa menghadiri rumah terbuka atau pada hari-hari biasa adalah keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian.



Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik, ketahui menu yang sesuai dengan anda.

"Setiap sajian yang diambil haruslah pelbagai dan memenuhi diet seimbang dalam kuantiti sederhana terutama bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik bagi mengelakkan timbul masalah lain.

"Kita tidak menghalang pesakit mahupun golongan yang sihat untuk menikmati juadah tetapi perlulah bijak semasa memilih jenis dan kuantiti makanan tersebut.

"Kurangkan pengambilan atau kuantiti makanan yang manis, berlemak dan masin contohnya seperti air berkarbonat atau kordial, kuih-muih manis dan lauk pauk yang mengandungi kandungan tinggi santan dan minyak," kongsinya kepada mStar.

Juadah hari raya yang paling penting untuk dikurangkan

Bagi pesakit kencing manis, mereka perlulah mempunyai waktu makan yang teratur dan tidak boleh mengambil makanan berkanji dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Pengambilan air dan makanan manis perlu dihadkan dan tidak boleh diambil berulang kali. Contohnya seperti biskut yang manis, lemang, ketupat dan air berperisa perlu dikurangkan.



Pelbagai makanan menarik dihidangkan pada Hari Raya.

Manakala bagi pesakit darah tinggi pula, mereka perlulah mengawal pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan lemak. Elakkan ambil kuah secara berlebihan dan kurangkan penggunaan perasa tambahan dalam masakan seperti MSG, kicap dan sos. Makanan yang berminyak dan berlemak juga perlu dikurangkan seperti makanan bergoreng, santan, penggunaan ‘butter’ dalam kuih-kuih dan makanan berasaskan haiwan terutama rendang daging ataupun sup daging.

3 tips mudah elak makan berlebihan

a) Jangan makan ketika perut terlalu kosong. Amalkan waktu makan yang teratur pada setiap waktu makan utama.

b) Amalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia. Suku untuk kanji, suku untuk lauk/protein dan separuh untuk sayur dan buah-buahan. Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat bagi membantu mengekalkan rasa kenyang dengan lebih lama. Elakkan pengambilan air manis yang kerap dan gantikan dengan air kosong. Juga, gunakan pinggan yang kecil supaya makanan tersebut kelihatan banyak.



Jangan terlalu teruja sehingga anda makan tanpa kawalan.

c) Kunyah makanan secara perlahan dan nikmati juadah anda dalam keadaan yang selesa. Elakkan makan semasa bersembang dan menonton televisyen atau bermain alat elektronik kerana ini akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak tanpa sedar.

Jenis senaman ringan yang boleh dibuat selepas seharian berhari raya

a) Letak kereta di tempat yang jauh ketika beraya di rumah kawan-kawan dan berjalan kaki ke rumah mereka.

b) Gunakan tangga daripada escalator atau lif.

c) Kayuh basikal atau berjalan kaki untuk ke rumah jiran.

d) Berdiri semasa bersembang.

e) Bermain dengan kanak-kanak.

f) Bantu tuan rumah mengemas atau apa-apa keperluan lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain