suria

Lelaki rendah hormon seks testosteron berdepan risiko kematian lebih tinggi akibat Covid-19 - Kajian

Hormon testosteron seks lelaki memainkan peranan penting.

SEORANG lelaki yang mempunyai testosteron rendah dan dijangkiti virus Covid-19 beredepan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Kajian terbaharu mmendedahkan kaum lelaki dilihat lebih dua kali ganda mati akibat koronavirus, namun pasukan doktor masih belum dapat menjelaskan sebab-sebabnya.

Bagaimanapun, kajian telah dilakukan di hospital Jerman terhadap 45 orang pesakit Covid-19 yang di berada dalam rawatan rapi mendedahkan hormon testosteron seks lelaki memainkan peranan penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran! Bekerja selepas lockdown boleh gandakan kadar kematian akibat Covid-19... risiko pesakit jantung 10 kali, diabetes 5 kali

Hormon diketahui membantu mengatur tindak balas imun badan tetapi apabila seorang lelaki mempunyai kadar testosteron yang rendah, sistem kekebalan tubuh tidak dikendalikan dan terkena infeksi akibat jangkitan.

Ini membawa kepada 'cytokine storm' (kumpulan sel yang terlibat dengan imunisasi badan) yang berlaku apabila sistem kekebalan tubuh tidak terkawal ketika cuba membunuh patogen.

Cytokine storm akhirnya mula merosakkan badan itu sendiri dan, jika dibiarkan ia boleh membawa maut.



Golongan lelaki berisiko kematian lebih tinggi jika dijangkiti Covid-19 dan mengalami hormon testosteron rendah.

Tahap hormon setiap pesakit dinilai pada hari pertama mereka di berada ICU, sebelum menerima prosedur invasif.

Sampel dari pesakit Covid-19 diuji untuk 12 hormon, termasuk testosteron dan dihydrotestosteron.

Testosteron adalah kunci bagaimana tubuh memulakan dan mengatur pelbagai tindak balas imun, termasuk memerangi jangkitan virus.

Ia memainkan peranan penting dalam imuniti lelaki kerana ia adalah hormon seks lelaki utama.

Dari pesakit Covid-19 lelaki yang dihantar ke ICU di hospital Jerman, lebih daripada dua pertiga (68.6 peratus) mencatatkan tahap testosteron yang rendah.

Sebaliknya, majoriti pesakit wanita (60 peratus) mengalami peningkatan kadar testosteron.



Sebilangan besar pesakit Covid-19 mempunyai testosteron rendah.

Walaupun tahap testosteron rendah tidak dapat mengawal tindak balas imun pada lelaki, kajian mendapati bahawa pada pesakit Covid-19 wanita, tahap testosteron yang lebih tinggi dikaitkan dengan tindak balas keradangan yang lebih ketara.

Profesor Gülsah Gabriel dari Institut Leibniz dari Virologi Eksperimen di Hamburg, yang terlibat dalam penyelidikan itu, memberitahu MailOnline: "Sebilangan besar pesakit Covid-19 lelaki mempunyai tahap testosteron yang rendah.

"Pesakit Covid-19 lelaki yang meninggal, majoriti juga mempunyai tahap testosteron yang rendah.

"Oleh itu, tahap testosteron yang rendah pada lelaki didapati menjadi faktor risiko untuk penyakit yang teruk dan bahkan membawa maut kepada lelaki apabila dijangkiti dengan virus pernafasan yang disebut 'cytokine inducing'." - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Testosteron, Lelaki, Rendah, Covid-19

Artikel Lain