suria

Usah bersedih menjelang Syawal, 10 lagu raya ini boleh naikkan 'mood' Aidilfitri anda 

Dengarkan lagu-lagu bertemakan raya yang ceria daripada Datuk Jamal Abdillah, Hael Husaini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

BIASANYA ketika ini pasti ramai daripada kita sudah bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman sambil mendengar lagu raya bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Ahad ini.

Bagaimanapun nampaknya tahun ini kita terpaksa berkorban untuk berhari raya bersama keluarga bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang masih belum berkesudahan.

Sedih memang sedih, tetapi apa yang disarankan kerajaan itu adalah untuk kebaikan kita bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak balik kampung bukan bererti raya tak meriah! Ini 5 cara elak diri berendam air mata di pagi Syawal

Bagi menaikkan 'mood' raya anda, apa kata lupakan seketika senarai lagu-lagu raya yang sayu dan boleh mengingatkan lagi kita kepada kampung dan keluarga.

Untuk sekali ini, apa kata tukar playlist seleksi lagu raya anda dengan lagu-lagu ceria dan menaikkan semangat untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

mStar menyenaraikan 10 lagu yang mampu membuatkan anda kembali tersenyum;

1. Various Artist - Warna Warni Aidilfitri

Lagu raya yang penuh ceria ini adalah ciptaan Lan Laga dan lirik Amran Omar menampilkan pelbagai artis popular di bawah naungan Sony Music seperti Amy Mastura, Datuk Hattan, Nash, Shima, Ameng Spring, Kool dan sebagainya.

2. Hael Husaini - Bersyukur Seadanya

Penyanyi dan komposer berbakat besar Hael Husaini bergabung dengan rakan baiknya, Ezra Kong menampilkan Syukur Seadanya yang cukup rancak.

3. Anuar Zain & Ellina - Suasana Di Hari Raya

Lagu yang cukup malar segar ini memang membuatkan kita bersemangat untuk menyambut raya dan menaikkan 'mood'.

4. Saloma - Selamat Hari Raya

5. Jalil Hamid - Raya

Lagu yang penuh dengan sifat humor membolehkan anda tersenyum seorang diri.

6. Dato Jamal Abdillah, Shiha Zikir, Peja & Friends - Moh Beraya

Baharu sahaja dilancarkan, Moh Beraya cukup mencuri perhatian kerana ia menampilkan loghat Perak dengan melodi yang rancak dan ceria.

7. Fattah Amin & Fazura - Seloka Hari Raya

Pasangan suami-isteri sensasi ini memberi nafas baharu kepada lagu raya nyanyian asal Uji Rashid dan Hail Amir. Memang best!

8. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran

Antara lagu raya yang cukup ikonik dan popular setiap kali tibanya Syawal. Memang membuatkan kita rasa nak beraya!

9. Feminin - Kurniaan Hari Raya

Feminin memang terkenal dengan lagu-lagu berentak rancak dan Kurniaan Hari Raya turut mendapat sentuhan sama. Ia cukup nostalgia tetapi menceriakan.

10. Eddie Hamid, Man Khan, Aris Kapilla - Jange Kelik Laa Weii

Lagu ini cukup istimewa kerana ia turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ia cukup sesuai dengan situasi semasa kita.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain