suria

Shopping raya disaat akhir, elakkan belanja sampai terlebih bajet... ikuti tip berikut

Membeli-belah mengikut keperluan dan jangan membazir.

MEMBELI-BELAH persiapan Hari Raya Aidilfitri disaat akhir memang sudah menjadi pilihan sesetengah anggota masyarakat sebelum ini, namun tahun ini nampaknya alasan itu boleh diterima.

Apa tidaknya, selepas lebih dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kini rakyat Malaysia diberi kelonggaran untuk keluar rumah dengan kelonggaran bersyarat dengan keutamaan menjaga keselamatan diri.

Ketika wabak Covid-19 menular, tidak dinafikan ada yang berdepan risiko dibuang kerja atau perniagaan terpaksa dihentikan sementara kerana termasuk dalam senarai terlarang, sekali gus mewujudkan situasi krisis ekonomi keluarga berikutan pendapatan isi rumah terhad.

ARTIKEL BERKAITAN: Raikan Aidilfitri dengan penuh bergaya, Pandora tawar promosi Beli 3 Percuma 1

Namun sambutan Aidilfitri tetap disambut walaupun secara sederhana, lebih tepat lagi kali ini ada yang menyambutnya bersendirian kerana tidak boleh balik kampung demi faktor keselamatan.

Raya tetap raya. Dalam tempoh enam hari ini, anda semua masih ada masa untuk menyediakan persiapan menyambut hari lebaran, tetapi dalam masa sama diingatkan supaya berserdehana dalam perbelanjaan ini.

Tip dibawah ini mungkin boleh membantu anda menguruskan bajet persiapan raya kali ini.



Elakkan terlalu lama berada di kawasan ramai orang.

1.Elakkan beli secara atas talian

Memandangkan hari raya semakin hampir, penjualan baju-baju raya atas talian juga semakin rancak menawarkan harga 'durian runtuh'. Ia memang berbaloi tetapi perlu ingat, tempoh penghantaran juga mungkin akan mengambil masa lebih daripada seminggu untuk tiba di rumah anda. Jadi pastikan tarikh penghantaran barang itu sebelum membelinya.

2. Ikut trend

Kebiasaannya, setiap tahun pasti akan ada tema warna, corak atau rekaan terbaharu mengikut peredaran zaman dan sudah tentu harganya lebih mahal berbanding yang normal. Ketepikan itu semua itu dulu kerana dalam tempoh terdesak ini, cukuplah kiranya anda membeli pakaian baharu sebagai melengkapkan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa bukan mengutamakan tema sekeluarga.

3. Ikut bajet

Kalau sebelum ini ada yang membeli tiga hingga empat helai baju baharu.Tetapi perlu ingat, walaupun hari raya setahun sekali, duit anda digunakan setiap hari. Jadi buat bajet sebelum bershopping!



Memandangkan rumah terbuka tidak dibenarkan, cukuplah membeli biskut raya untuk sesi keluarga sahaja.

4. Biskut Raya

Memandangakn tahun ini tiada rumah terbuka, jadi eloklah anda membeli kuih atau biskut raya untuk dimakan hanya untuk ahli keluarga sahaja.

5. Elak berada di tempat terlalu ramai

Pasar raya tentunya akan menjadi tumpuan orang ramai dalam tempoh ini. Pastikan anda berada di situ untuk memenuhi tujuan utama iaitu membeli baju raya sahaja. Jangan melepak atau terlalu lama memilih apa yang dikehendaki. Jangan lupa, Covid-19 sedang memerhati pergerakan anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shopping, Hari Raya, Ikut Trend, Bajet

Artikel Lain