suria

Fotografi dan penyambungan terbaik, anda kini boleh miliki dua siri Huawei P40 pada satu harga!

Siri Huawei P40 dilengkapi dengan kamera Ultra Vision Leica bagi menghasilkan fotografi luar biasa sama ada subjek berada dekat atau berdiri jauh.

BAYANGKAN anda dapat memiliki dua telefon pintar tetapi dengan satu harga - ia kedengaran tidak masuk akal bukan? Tetapi itulah yang ditawarkan oleh Huawei dan Maxis bagi keluaran terbaharu, Huawei P40.

Semua ini boleh menjadi realiti dengan hanya mendaftar dua set siri Huawei P40 dengan Maxis pada harga luar biasa iaitu RM159 sebulan!

Kerjasama terbaharu ini menawarkan promosi menarik tanpa pembayaran muka menjadikannya ia pakej terbaik untuk anda dan insan yang disayangi.

ARTIKEL BERKAITAN : Wow! Fotografi waktu malam lebih mengancam, jom terokai keupayaan Vivo V19

Huawei P40 cukup sesuai untuk dijadikan hadiah bersempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

Promosi ini memberi anda penjimatan keseluruhan sehingga RM2,542 berbanding jika anda membeli mengikut harga runcit biasa.

Tidak cukup dengan itu, anda juga bakal membawa pulang hadiah percuma berupa Huawei P40 Wireless Charging Case bernilai RM289 atau Huawei P40 Pro SuperCharge Wireless Car Chager bernilai sama.



Huawei P40 Series juga menyokong Wi-Fi 6 Plus.

Fotografi terbaik, sambungan

Apa yang best tentang Huawei P40? Ia dilengkapi dengan kamera Ultra Vision Leica bagi menghasilkan fotografi luar biasa sama ada subjek berada dekat atau berdiri jauh.

Kecerdasan buatan (AI) melengkapkan sistem kamera untuk memastikan kualiti gambar pada resolusi tinggi, tidak kira pada waktu siang atau malam.

Dikuasakan oleh chipset Kirin 990 5G, Huawei P40 Series siap untuk era 5G, menyokong mod rangkaian non-standalone (NSA) dan standalone (SA), serta sokongan menyeluruh untuk jalur frekuensi 5G untuk menawarkan perjalanan global tanpa gangguan.

Huawei P40 Series juga menyokong Wi-Fi 6 Plus, standard yang memungkinkannya memancarkan lebar jalur saluran 160MHz dan 1024-QAM, untuk mencapai kadar transmisi teoritis puncak 2.400Mbps dan penerimaan isyarat yang lebih baik.

Hasilnya adalah penyambungan yang tiada tandingannya dengan kemampuan streaming langsung walaupun dalam resolusi 4K.



Huawei P40 didatangkan dalam pelbagai warna.

Sesuai dengan lebih banyak aplikasi

AppGallery Huawei juga kini mengandungi sebahagian besar aplikasi yang digemari rakyat Malaysia, seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, AirAsia, TikTok, Lazada, dan banyak lagi.

AppGallery juga selamat dengan perlindungan empat lapisannya yang diperakui oleh standard industri tertinggi.

Pengguna dapat menjimatkan lebih banyak simpanan dengan menggunakan mod Aplikasi Pantas untuk menghidupkan aplikasi tanpa memasangnya, ciri yang bagus jika anda ingin menguji aplikasi baharu.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Pengguna Huawei P40 Series dan Huawei MatePad Pro kini boleh menebus ganjaran bernilai sehingga RM2,381 di Member Centre dan juga mendapat storan percuma 50GB di Huawei Cloud selama 12 bulan.

Bukan itu sahaja, Huawei Malaysia juga menawarkan akses premium Huawei Video percuma selama tiga bulan ke semua pengguna siri P40 dan MatePad Pro!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Siri Huawei P40, gajet, Maxis, fotografi,

Artikel Lain