suria

Wow! Fotografi waktu malam lebih mengancam, jom terokai keupayaan Vivo V19

Peranti serba lengkap ini hadir dalam variasi warna Gleam Black dan Sleek Silver.

KEUPAYAAN kamera berdefinisi tinggi kini ditawarkan pada harga mampu milik.

Itulah gambaran ringkas untuk menceritakan peranti V19, model telefon pintar terbaharu keluaran syarikat teknologi terkenal, Vivo.

ARTIKEL BERKAITAN: Vivo S1 Pro pilihan tepat anak muda kaki swafoto

Dicipta untuk memberi pengalaman fotografi luar biasa, kamera hadapan dan kamera belakang peranti ini ada keistimewaannya yang tersendiri.

Ia menawarkan dwi-kamera di bahagian depan dengan keupayaan 32MP + 8MP kamera Super Wide-Angle.

Sekaligus menjanjikan swafoto sempurna tanpa cela, khusus untuk mereka yang gemar berkongsi kehidupan seharian di media sosial.

Kamera hadapan juga menawarkan swafoto sudut lebar sehingga 105 darjah, menjadikan foto yang diambil kelihatan lebih menyeluruh.

Kedua-dua kamera depan dan belakang itu dilengkapi mod khas untuk menangkap gambar yang menakjubkan pada waktu malam.

Di bahagian belakang pula, ia dilengkapi Kuad Kamera AI dengan kamera utama 48MP, kamera super wide-angle 8MP, kamera makro 2MP dan kamera bokeh 2MP.

Kedua-dua kamera depan dan belakang itu dilengkapi mod khas untuk menangkap gambar yang menakjubkan pada waktu malam.

Mod Super Night Selfie kamera hadapan misalnya, dengan Layer-Based Beautification, Spatial Merging Denoising, dan Multiple Exposure, membolehkan pengguna mengambil swafoto yang jelas dan indah dengan latar langit pada waktu malam.

Dengan mod Super Night Portrait pula, ia dilengkapi Multi-Frame Screening, Temporal Alignment, dan Spatial Merging Denoising, membolehkan pengguna menangkap foto beresolusi dalam suasana malam yang gelap.

Dari segi reka bentuk, V19 menampilkan Skrin 6.44-inci Super AMOLED FHD+ Ultra O yang menggunakan E3 OLED dengan kapasiti bateri 4500mAh dan fungsi pengecasan pantas, FlashCharge 2.0 33W.

Ia dijana oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 712 bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan sempurna.

V19 dilengkapi dengan 8GB RAM + 128GB ROM yang membolehkan pengguna menyimpan apa sahaja yang diperlukan dan ditawarkan di pasaran sekarang pada harga serendah RM1,699 seunit.

Peranti serba lengkap ini hadir dalam variasi warna Gleam Black dan Sleek Silver boleh didapati di Malaysia pada 25 April 2020 dengan harga RM 1,699, di semua platform e-dagang seperti vivo online store, Shopee dan sebagainya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mstar!

Artikel Lain