suria

Nurse atau nourice, apa maksudnya? Ketahui fakta menarik 'mata' kepada doktor ini... Selamat Hari Jururawat Sedunia!

Hari Jururawat yang disambut hari ini membolehkan kita mengenang jasa petugas barisan hadapan ini yang banyak berkorban.

TARIKH 12 Mei cukup istimewa kerana ia bersempena dengan Hari Jururawat Sedunia, namun tahun ini sambutannya bertambah istimewa kerana kebanyakan daripada kita dapat melihat sendiri ketekunan dan pengorbanan golongan ini memerangi Covid-19 yang sedang melanda.

Sehingga April lalu, seramai 66 jururawat dijangkiti wabak berbahaya itu - dan ia bukti mereka sanggup menggadai nyawa bagi memastikan keselamatan pesakit.

ARTIKEL BERKAITAN : Mula belajar menjahit ketika usia 5 tahun, kini Nur Afia sudah mampu berbakti... hasilkan 130 PPE untuk frontliner kesihatan

Meskipun ada segelintir daripada mereka yang sering menjadi mangsa kemarahan pesakit namun jururawat tetap komited menjaga dan memastikan pesakit kembali sihat.



Jururawat melakukan tugas bagi membantu pesakit Covid-19.

Jururawat ini adalah 'mata' kepada doktor untuk membuat pengawasan dan pemantauan terhadap pesakit bagi mengenal pasti sebarang perkara luar biasa.

Tidak cukup dengan itu, golongan ini juga menjaga keperluan dan menguruskan pesakit setiap hari sekiranya tiada ahli keluarga membantu.

Pengorbanan dilakukan golongan ini ketika memerangi virus Covid-19, banyak membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai jururawat yang mungkin dipandang ringan sebelum ini.

Bersempena Hari Jururawat Sedunia, mStar menyenaraikan beberapa fakta menarik mengenai seorang bergelar jururawat!



Pesakit terakhir positif Covid-19 di Hospital Hulu Terengganu (HHT) dikenali sebagai Hafiz (tengah) berasal dari Sarawak mengucapkan terima kasih kepada jururawat dan doktor yang merawatnya selepas dibenarkan keluar wad hospital.

1. Tahukah anda, istilah 'nurse' dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan 'nourice' yang membawa maksud 'the one who nourish' (yang menjaga)

2. Lucretia Lester merupakan antara jururawat paling disegani. Beliau juga seorang bidan dan telah membantu 1,300 kelahiran bayi sepanjanga kariernya.

3. Tarikh 12 Mei dipilih sebagai Hari Jururawat adalah sebagai memperingati ikon kejururawatan moden, Florence Nigtingale yang hanya sempat bertugas sebagai jururawat selama tiga tahun.



Cahaya berwarna merah menerangi mercu tanda Pulau Pinang iaitu Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang dirakamkan malam tadi sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia.

4. Florence dikagumi kerana berkhidmat merawat anggota tentera yang cedera semasa Perang Krimea dari tahun 1853 hingga 1856.

5. Tahukah anda, satu pertiga daripada jururawat dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat adalah lelaki.

6. Sekolah kejururawatan pertama di dunia adalah di India dan ia wujud pada 250 sebelum masihi lagi!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain