Anda gemar tidur meniarap? Bahaya sebenarnya... apa kata ambil tahu cara atasinya

Tidur dalam posisi meniarap boleh membahayakan kesihatan.

SETIAP orang kalau tidur pasti ada gaya tersendiri - terlentang, mengiring ke kiri atau kanan dan meniarap bagi memastikan dapat tidur dengan nyenyak.

Tapi bagi yang suka tidur meniarap, artikel ini untuk anda. Sebaik-baiknya cubalah mengubah tabiat itu kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan badan berasa sakit apabila bangun tidur tetapi ia juga pemicu kepada beberapa penyakit serius.

Benar, tidur dalam posisi meniarap dalam membantu mencegah masalah apnea (kesukaran bernafas) dan berdengkur tetapi ia sebenarnya memberi lebih banyak risiko berbanding manfaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca sejuk tapi tidur berpeluh... Ini 4 sebabnya

Individu yang gemar tidur meniarap setiap malam lebih mudah mengalami sakit belakang. Sakitnya juga bukan tertumpu kepada bahagian pinggang, tetapi leher, punggung dan lenguh sendi.



Sakit belakang adalah keadaan biasa yang berlaku pada mereka yang suka tidur dalam posisi meniarap.

Perkara ini berlaku disebabkan posisi tidur yang salah kerana meniarap dalam tempoh yang lama dapat membuatkan tulang belakang kaku dan menegang.

Sakit itu juga berlaku kerana berat badan manusia juga berpusat pada bahagian tengah tubuh iaitu tulang belakang dan ia dapat memberi tekanan kepada bahagian tambahan pula di situ juga terdapat banyak saraf dan menyebabkan rasa sakit dan lenguh ketika bangun tidur.

Bagi wanita yang sedang hamil juga, tidur gaya ini juga sangat berbahaya kepada kandungan meskipun ia adalah posisi paling selesa.

Ini kerana pertambahan berat pada perut dapat menekan tulang belakang dan menyebabkan kesakitan pada bahagian punggung. Tidak hanya si ibu, janin juga boleh terjejas akibat tekanan tersebut termasuk kecacatan pada janin.

Sebenarnya tidur meniarap itu bukan tak boleh tetapi anda kena pastikan anda tiada sebarang penyakit berbahaya seperti masalah jantung atau asma.

Memang tak mudah untuk mengubah sesuatu tabiat tetapi sekurang-kurangnya cubalah amalkan perkara ini;

1. Gunakan bantal nipis atau tidur tidak menggunakan bantal ketika tidur. Cara ini dapat membantu menjaga tulang belakang agar tidak menegang.

2. Letakkan bantal tambahan dibawah punggung. Fungsinya supaya tulang belakang tetap berada dalam keadaan lurus dan dapat mengurangi tekanan pada bahagian itu.

3. Lakukan regangan badan selepas bangun tidur selama lima minit. ia dapat membantu mengembalikan otot-otot tubuh yang menegang dan memberikan kesegaran.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain