suria

Anak autism selesa, ibu bapa pasti tenang... miliki pets pilihan terbaik tangani masalah interaksi sosial, stres

Haiwan peliharan kucing antara yang terbaik untuk anak-anak autism dan keluarga merapatkan hubungan antara satu sama lain. Foto: THE STAR

PERCAYA atau tidak, haiwan peliharaan adalah pilihan terbaik untuk menghilangkan masalah rasa stres lebih-lebih lagi perlu banyak bersabar jika berdepan dengan anak-anak autism.

Terdapat banyak penyelidikan dilakukan sejak bertahun-tahun untuk menghubungkan antara kesihatan mental dan haiwan peliharaan.

Dengan beberapa penemuan menunjukkan bahawa sesebuah keluarga yang mengalami masalah kesihatan mental, mereka disarankan menjaga haiwan kesayangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rutin harian terganggu kerana PKP, anak autisme berubah sikap... apa kata cuba 5 tip ini - "Ada menyorok dalam selimut..."

Ini kerana ia dapat menurunkan tahap tekanan dalam tubuh dan membuat seseorang itu lebih baik untuk menangani masalah tersebut, lebih tepat lagi ia dianggap sebagai terapi.

Terbaharu penyelidikan dibuat dan mendapati bahawa memiliki haiwan kesayangan di rumah boleh menjurus kepada hubungan yang lebih kuat antara ibu bapa dan anak-anak autism, selain mengurangkan tekanan.



Menurut kajian kucing antara haiwan paling sesuai dibela untuk keluarga yang mempunyai anak autism.

Menurut kajian yang dilakukan di University of Missouri, Amerika Syarikat, ibu bapa kanak-kanak dengan autisme rata-rata mengalami lebih banyak tekanan daripada ibu bapa yang biasanya mempunyai anak yang normal dan sedang membesar.

"Beberapa kanak-kanak autism mempunyai kepekaan tertentu, jadi seekor anjing besar dan yang sangat aktif boleh menyebabkan beban deria bagi sesetengah kanak-kanak, sementara kucing agak tenang dan lebih sesuai," jelas penyelidik Gretchen Carlisle.

Kajian yang dilakukan membabitkan 700 keluarga 'Interactive Autism Network' untuk mengetahui faedah atau beban memiliki anjing atau kucing di rumah.



Makin ramai haiwan peliharan ia boleh memberi banyak faedah yang baik.

Dalam kajian tersebut mendapati walaupun mempunyai tanggungjawab sepenuh masa untuk menjaga haiwan kesayangan, anak-anak autism dan hubungan ibu bapa menjadi lebih erat. Malah semakin ramai haiwan peliharaan, ia boleh memberi lebih banyak faedah yang baik.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa haiwan peliharaan dapat memberi keselesaan kepada anak-anak autism yang kebanyakannya mengalami masalah percakapan serta ketakutan dan ibu bapa kerana ia boleh membantu meningkatkan lagi interaksi sosial, mengurangkan rasa bimbang, mahupun stres.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Autism, Haiwan Peliharaan, Kucing, Anjing

Artikel Lain